NAK JUGA CUBA KF94 FACE MASK KOREA NI

NAK JUGA CUBA KF94 FACE MASK KOREA NI

NAK JUGA CUBA KF94 FACE MASK KOREA NI | Facemask viral dari korea ni memang sekarang in trend.Jadi umi pun cubalah jugak kan.

Bermula dari umi tengok SIS LIN pakailah umi juga teruja jugak untuk mencuba.Tak beli banyak manapun, cukup cuba dulu 3 pek dengan pelbagai jenis warna.Tapi umi beli yang plain jelah.Ada jugak design bunga-bunga tu, tapi kurang minat.hehehe.

So, hari tu bila belek-belek di Shopee nampaklah Face KF94 Mas Protective Face mask Adult Korean style land masks ni.Macam biasa bila masuk Shopee umi akan tengok penilaian dari gambar-gambar yang diberikan pada customer.Sangatlah membantu.

Sebab tu bila beli apa-apa dari shopee, haruslah korang bagi mereka rating dan share produk yang korang beli samada ia bagus atau tidak.Tak bagus bagitau, bagus pun kena bagitau ye.Jadi customer lain bolehlah menilai kedai online tu boleh dipercayai atau tak untuk membeli.

[ Baca Juga : Tips beli barang di Shopee supaya tak tertipu ]

Jom kita tengok apa yang best tentang facemask KF94 ni untuk korang cuba,umi ni nak juga cuba KF94 facemask korea ni.

TENTANG FACE MASK KF94

Topeng KF94 dibuat berdasarkan standard Korea Selatan. Topeng ini menyerupai N95. “KF” adalah singkatan dari “Korean Filter” dan “94” adalah penanda aras keberkesanan 94% untuk menyaring zarah-zarah udara.

Menurut ahli epidemiologi, topeng N95 mempunyai keberkesanan 95%, sementara KF94 adalah 94%. Jadi, kedua-duanya mempunyai kemampuan yang baik untuk menyaring zarah. Topeng KF94 adalah sejenis topeng pakai buang. Ini tentu membuatkan anda harus membuangnya segera setelah menggunakannya.

ADAKAH FACE MASK KF94 INI BERKESAN UNTUK MENGHINDARI DARI COVID-19

Dalam pembacaan umi, sehingga ini tidak banyak kajian yang diterbitkan mengenai penggunaan KF94 dan N95 untuk menghentikan penyebaran zarah, namun harus diakui topeng ini mempunyai kualiti yang lebih baik jika dibandingkan dengan topeng pembedahan.Perlu diingat, pilihan topeng dengan ukuran yag tepat sehingga tidak ada ruang untuk zarah virus memasuki hidung atau mulut itu perlu diambil kira.

So, pada korang yang ingin membeli face mask, kena betul-betul pastikan samada ia mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh kerajaan atau tidak.Sekarang ni kalau tengok banyak sangat mereka yang menjual face mask dengan harga murah.

Dan kita sendiri kadang-kadang termakan dengan perkataan murah dan membelinya tetapi tidak ketahui samada ianya betul-betul berkualiti atau tidak.

Korang boleh lihat sendiri perbezaan face mask yang murah dan yang mahal di luar sana.

CIRI-CIRI YANG TERDAPAT DI DALAM FACE MASK KF94

NAK JUGA CUBA KF94 FACE MASK KOREA NI

Bag Reka bentuk ini tidak seperti topeng lain, memberi anda keselesaan paling banyak, bibir anda mungkin tidak menyentuh topeng, jadi anda boleh bercakap dan memakai lipstik dengan selesa. Saya jatuh cinta buat pertama kalinya memakainya, sangat bagus dan senang bernafas, bergaya tetapi selesa juga. Untuk harga ini, anda bukan sahaja mendapatkan topeng yang bergaya dan berkualiti tinggi, tetapi juga tawaran yang sangat murah untuk topeng yang boleh digunakan semula

CIRI-CIRI FACE MASK KF94 

  • Pembuatan di vietnam structure stereoskopik 3D
  • Penapis antibakteria meleleh
  • Free size – satu size untuk semua
  • Anti debu, bakteria dan asap
  • Batang keras di bahagian hidung yang boleh ditekap rapat dibahagian hidung

PENGALAMAN MENGGUNAKAN FACE MASK KF94

 

Ada sesetengahnya macam terlalu ketat sampai kena kat mulut ni hah.Dan ada pek yang ok.Memang bergantung kepada kilang yang buat lah gaknya.So far selesa dan sedikit tebal dari biasa.Nampak stylo je pakai face mask ni.

Umi recommend la kat korang yang nak membeli.Sebab face mask ni boleh dicuci.Tapi jangan ler korang masuk mesin basuh nak cuci ye.Rendam dengan air panas pun umi rasa should be ok.

Umi beli kat Shopee je korang.Korang nanti boleh la survey ye.Hari ni 6.6 sales kat shopee korang.Jom terjah

 

 

Loading

2 Comments

  1. Selesa kann… Sis cuci dengan dettol je Eda..
    Memang dah beli banyak ni buat stok.. at least dia 4ply so kita rasa selamat lagi dr guna yang biasa tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *