EXPO MOM & BABY EXPO MIDVALLEY JOHOR BAHRU 2022 | Semalam umi berkesempatan untuk sama-sama menyertai expo terbesar ni di Midvalley Exibition centre di tingkat 3.
Walaupun umi ni takde dah anak kecil, tapi umi masih lagi menggunakan beberapa produk baby untuk kakak dengan adik yang berumur 7 dan 8 tahun tu.
Antara banyak-banyak booth yang ada kat situ adalah both BZU BZU Malaysia.Kalau dulu umi suka menggunakan produk pureen, tollyjoy, dan beberapa produk lain, tapi bila umi ada cuba beberapa produk BZU BZU ni umi boleh tersuka tanpa sengaja pulak.
Yang membuatkan umi ke situ juga adalah kerana harga yang tak masuk akal masa umi tinjau harga dekat situ.Uishhh.. memang berbaloi.Umi beli wet tissue, 4 pack rm15 sahaja tau.Lepas tu umi beli pula baby acessories cleaning foam.Itu pun murah jugak tau, RM17.85 sen untuk 2 botol 500ml.
Memang berbaloilah.Lepas tu umi join pulak aktiviti di booth BZU BZU.dapatlah Mystery gift dan juga 1 botol syampu.Berbaloi kan.
Baca juga : Ajar anak cara kemas mainan mereka sendiri
Kalau korang seorang mommies yang ada anak-anak kecil, memang wajib tau datang ke expo macam ni sebab nilah masanya korang boleh berjimat.Teringat kalau dulu, apa-apa expo mom and baby umi akan pergi.Bukan tu je, kalau Shopee atau lazada ada buat sales barangan baby pun umi akan turut serta.
Masa tulah pampers dan susu dan barangan lain murah dari harga hari biasa.Memang sangat berbaloi.Sekali beli tu memang berpek-peklah jawabnya,
Memang super jimatlah kalau kita shopping macam tu kan.Ni dah takde anak kecil, rindu pulak nak beli barangan baby yang comel-comel tu.Nasiblah kan umi ni ramai anak saudara, jadi dioranglah untung sebab kalau ada sales je, umi akan beli untuk anak-anak saudara.
Ni ha!! baby wipes ni beli 4 pek hanya rm15 sahaja uols.Umi dah rasa murah sangat tu
Hasil tangkapan di mom & baby expo tadi.Takde anak kecil tapi yang ni wajib ada tau.Wet tissue tu, even anak-anak umi dah besar, takdelah besar mana, tapi bila makan, memang akan bersepah dan comot.Nak-nak kalau perjalanan yang jauh, memang umi akan sediakan wet tissue ni.Senang nak cuci tangan atau kotoran lain bila dalam kereta ni kan.
So, korang jangan lupa datang tau, hari ni adalah hari kedua dan esok hari last untuk expo ni.
? Mom Baby Expo ?
? Tempat: Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Johor Bahru
? Tarikh: 29-31 Julai 2022 (Jumaat – Ahad)
⏰ Masa: 10.00 pagi -10.00 malam
Oh ya, nak dapatkan details tentang produk BZU BZU ni boleh tengok details dibawah ye
Website | Instagram | Facebook
