drama risik pada hati

EPISOD AKHIR RISIK PADA HATI-BAHAGIA TIDAK PERLUKAN BUKTI

EPISOD AKHIR RISIK PADA HATI-BAHAGIA TIDAK PERLUKAN BUKTI | Akhirnya hafya undur diri setelah sekian lama dia bertahan.

Mungkin kalau tak dengar nasihat dari kawan dia si su tu, umi rasa mereka akan terus bahagia kan.Tapi betullah, hidup bermadu memang banyak pancaroba.Bukan mudah untuk jaga hati orang, dan bukan mudah juga nak jaga hati sendiri.

Isteri mana yang nak berkongsi kasih dan melihat kebahagiaan suami dengan orang lain kan? Yang menghadapinya je tahu peritnya untuk menjaga perasaan sendiri.

Tapi tulah, kuat betul Hayfa nak hadap semua tu kan.Dia berpura-pura buat macam tu sebab nak Adam lepaskan dia.Masyallah.Kalau umi tak tau lagi sanggup ke tidak nak lepaskan orang yang umi sayang.

Tapi dia bernasib baiklah sebab dapat madu yang sebaik Aisya tu.Sanggup undur diri demi madu, sanggup lebihkan hayfa dari diri sendiri.Tak taulah kalau di alam nyata ni, ada tak madu yang seikhlas Aisya tu.Wallahualam

Umi memang sakit hati sangat dengan kawan baik si Hayfa tu.Diri sendiri pun berpecah belah, inikan pulak nak nasihatkan kawan.

drama risik pada hati

Kawan baik si Hayfa, kenal pun tak si Aisyah dah tuduh melulu tanpa usul periksa.Paling sakit hati dengan dia ni tau.

Bibit akhir kata-kata dalam drama risik pada hati.

Bahagia tidak perlukan bukti.Bahagia tidak sesekali menjadi beban.Bahagia juga tidak bersyarat.Bahagia bukan tentang apa yang perlu kita pertahankan.Lebih dari itu, bahagia itu tentang apa yang kita perjuangkan.

Kadang-kadang,Tuhan membuat kisah hidup kita berjalan dengan seseorang,hanya sebagai teman disatu masa, tapi tidak sebagai pasangan selamanya.

drama risik pada hati

Kata Aisyah pula,

Tuhan tidak pernah menjanjikan langit selalu biru,tapi dia selalu menghadirkan pelangi setelah badai berlalu.Tuhan juga menghadirkan seseorang dalam hidup ini atas sebuah alasan.Rancangan Allah itu indah, andai kita melihat sesuatu yang terjadi dan menerimanya dengan ikhlas.

kata Adam pula,

Jika Allah mengambil daripadamu sesuatu yang tidak pernah engkau sangka kehilangannya,maka Allah akan memberimu sesuatu yang tak pernah engkau sangka akan memiliknya.

Terima kasih Hayfa,kerana hadiahkan anugerah yang paling indah sebagai saksi cinta yang pernah kita pertahankan.aku janji, aku tidak akan mensia-siakan semua pengorbanan yang telah kau lakukan

Bagi umi Adam seorang suami yang sangat bertanggungjawab.Tapi tulah kan, hati wanita tu terlalu sensitif dalam setiap perkara.Walau kita cakap kita dah redha dengan sesuatu perkara, tapi didalam hati kita ni kadang-kadang terdetik perasaan marah, dendam dan sakit hati.

drama risik pada hati

Bukan mudah untuk bermadu.Umi ada pakcik yang hidup bermadu.Nak berlaku adil kadang-kadang tu payah.Bukan semua orang boleh melaluinya.

Akhirnya habis dah episode akhir risik pada hati ni.Lepas ni kita sambung tengok cerita HoneyMoon pulak.Zara Zya jugak berlakon.Tapi kali ni watak dia berbeza sangat dengan Aisya.

Loading

1 Comment

  1. Ramai terjebak di saat akhir episod jerr.. kalau tak tengok dari awal, takkan faham akan pengorbanan Hayfa ni kann..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *