ENTRY PERTAMA DI BULAN MAC

ENTRY PERTAMA DI BULAN MAC.Macam sekejap je masa berlalu, baru je februari muncul, masuk pulak mac.Begitulah kehidupan yang sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa.

Bulan kelahiran umi di bulan Mac.Semoga di bulan kelahiran ni semua yang baik-baik sahaja mendatang.Walaupun berderet kerja yang menanti, kita buatlah mana yang patut dulu kan.Ikutkan hati umi ni nak share lagi tempat buka puasa di Johor ni.Tetapi memandangkan entry berderet pasal makan je, kita selitkanlah entry kehidupan pulak.

Dua tiga hari ni badan pun rasa letih je.Lepas kenduri adik yang bongsu, memang penat dia masyallah Allah je yang tahu.Tapi gagahkan juga pergi food review memandangkan kita dah letak nama kan.

Insyallah badan ni masih lagi kuat.Mental jelah yang kureng sikit disebabkan seseorang.Tapi takpelah, kita sentiasa bersangka baik.Cari kesalahan kita dan tutup kesalahan orang lain.Kata Prof Muhaya Mohamad, kita cuci tandas kita, jangan dok sibuk nak cuci tandas orang.Korang faham ke faham?

Dah lama kat rumah tu tak buat kenduri besar-besar.Umi suka bila ada kenduri ni sebab bila ada majlis macam nilah dapat jumpa adik beradik yang jauh dan dekat.Bukan tu je, dapat jumpa anak-anak saudara umi yang semakin membesar tu.

Bersama adik, kakak ipar, adik ipar, dan beberapa anak saudara yang dah besar tu.

Ni pulak antara adik beradik umi yang balik.Ada 2 orang tak silap umi yang tak balik.Walaupun kenduri ni simple, tapi alhamdulillah, jemputan ramai betul.Mak kata kad 200 orang, yang jemput mulut tak taulah berapa.Sampaikan tak cukup menu yang dihidangkan, terpaksa kami adik beradik pakat memasak lagi kat dapur.Alhamdulillah semua sepakat, jadi takde masalah pun kami nak buat semua tu.

Itu jelah nak bebel, bila dah balik rumah masing-masing terasa rindu gelak ketawa diorang.Tahun ni pulak memasing tak beraya di kampung, jadi taklah meriah mana.

Umi doakan hubungan kami adik beradik sentiasa akrab.Sentiasa boleh bantu membantu, sayang menyayang dan tak berpecah belah bila kedua orang tua kami dah takde nanti.

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *