Durioo++ Platform Penstriman Buat Kanak-Kanak Muslim Seluruh Dunia

Durioo++ Platform Penstriman Buat Kanak-Kanak Muslim Seluruh Dunia yang menekankan nilai-nilai islamik yang baru dilancarkan Januari lalu

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa telah melancarkan sebuah syarikat Animasi Teknologi Malaysia bernama Durioo.Pada 18 Februari 2022 Durio dengan rasminya telah mengumumkan platfrom penstriman global pertama mereka yang dipanggil Durio++.

Platform yang berasaskan langganan itu bertujuan untuk menyediakan kandungan Islamik yang berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk kanak-kanak di seluruh dunia.

Durio++ ditubuhkan oleh pengasas serta individu kreatif yang menghasilkan siri animasi Omar & Hana dan Didi & Friends(digital Durian) dimana animasi tersebut telah meraih kejayaan global dan memperoleh lebih daripada 13 juta pengikut di saluran-saluran Youtube mereka.Durioo++ ini akan menjadi batu loncatan untuk memantapkan kedudukan Durioo sebagai platform animasi untuk kanak-kanak muslim dari seluruh dunia di samping memainkan peranan penting dalam ekosistem animasi digital di Malaysia.

Durioo++ Platform Penstriman Buat Kanak-Kanak Muslim Seluruh Dunia

Sempena pelancarannya, pelanggan Durioo++ boleh menjangkakan lebih daripada 100 episod yang terdiri daripada animasi dan bukan animasi berteraskan nilai dan prinsip pegangan dalam islam.Ia juga merancang untuk menampilkan 30 kandungan baharu setiap minggu bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan kandungan untuk ditonton.Syarikat itu juga akan mebawa lebih daripada 12 rancangan baharu di bawha jenama Durioo Originals.Antaranya ialah Mina Mila, Little Ammar, Abibi dan banyak lagi.

Durioo++ Platform Penstriman Buat Kanak-Kanak Muslim Seluruh Dunia

Pelanggan Durioo++ mempunyai akses untuk menonton kandungan yang dihasilkan oleh tim kreatif dalam merealisasikan aspirasi mereka untuk menjadi platform penstriman pilihan utama bagi kanak-kanak muslim di dalam dan diluar Malaysia.

“Kami mahu menyediakan platform yang selamat bagi membantu membina asas Islam yang kukuh untuk penonton kami dengan menyampaikan kandungan pendidikan yang mengajar tentang nilai asas dan kebaikan dalam Islam,”

tambahnya lagi. Dengan Durioo+, Sinan berharap dapat mendekati kanak-kanak Islam di seluruh dunia supaya mereka bukan sahaja dapat menonton dan berhibur tetapi juga mempelajari tentang keindahan agama Islam.

Sinan Ismail, pengasas Durioo juga berkata pelancaran Durioo+ adalah langkah pertama dalam merealisasikan aspirasi mereka untuk menjadi platform penstriman pilihan utama bagi kanak-kanak Muslim di dalam dan di luar Malaysia. “Kami mahu menyediakan platform yang selamat bagi membantu membina asas Islam yang kukuh untuk penonton kami dengan menyampaikan kandungan pendidikan yang mengajar tentang nilai asas dan kebaikan dalam Islam,” tambahnya lagi. Dengan Durioo+, Sinan berharap dapat mendekati kanak-kanak Islam di seluruh dunia supaya mereka bukan sahaja dapat menonton dan berhibur tetapi juga mempelajari tentang keindahan agama Islam.

Untuk penstriman dalam talian, layari laman web https://duriooplus.com/ atau untuk akses yang lebih mudah, pengguna boleh memuat turun aplikasi Durioo+ yang boleh didapati di kedua-dua gedung aplikasi iOS dan Android termasuk Apple TV dan Android TV. Durioo+ menawarkan langganan dengan kos bulanan hanya RM12.90 atau langganan tahunan pada harga RM129.90 sahaja. Durioo+ juga menawarkan percubaan percuma selama 7 hari.

Durioo++ Platform Penstriman Buat Kanak-Kanak Muslim Seluruh Dunia

Selain itu, berita baik untuk pembaca di luar sana! Anda boleh menggunakan promo kod “EDADURIOO” untuk menikmati diskaun sebanyak 30% bagi langganan Durioo+ bulan pertama. Rebut peluang ini untuk melanggan Durioo+ hari ini juga.

 

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *