durian musang king

Durian Oh Durian-Sekali dapat makan susahnya nak berhenti

Durian Oh Durian-Sekali dapat makan susahnya nak berhenti | Dah nak hujung-hujung musim baru sibuk nak cari durian.

Durian Oh Durian-Sekali dapat makan susahnya nak berhenti

Yelah..dari durian tu harga mahal, sampailah harga murah, baru sekarang umi dapat membeli.Kisahnya sebab si dak Naura ni jenis HANTU DURIAN. Kalau dia dapat durian, susahnya nak berhenti.Bukan sahaja dak Naura, termasuklah umi, babah dan jugak nenek.

Pernah dengar tak orang yang suka makan durian tetapi tak suka bau durian.

And yes… itulah umi. Mungkin faktor usia yang membuatkan umi tak boleh dah bau durian.Kalau terbau dalam kereta or rumah, confirm migrain datang.Sebab tulah umi malas nak beli durian.Kalau durian tu bawak masuk dalam kereta lagilah umi ni allergic.Lagi satu, hari tu dak naura kena tonsil, jadi tu yang umi memang taknak belikan dia durian.

 

Lama dah dia mintak.Tapi umi je tak tunaikan.Tapi hari tu, bila dah disebut-sebut.Kesian pulak kat dia.Nak tak nak umi redah je cari durian malam-malam.Tapi sebelum tu umi sempat menyinggah Mini Bowl noodles by NJ di area situ gak.

Umi bab memilih durian ni memang failed.Tak tau macam mana nak pilih yang elok.Umi kongsi sikitlah tips macam mana cara nak pilih durian yang elok.

Umi tunggu dalam kereta sementara nenek dengan babah dan budak kecik tu sibuk gak nak pilih durian.

10 TIPS  UNTUK MEMILIH DURIAN 

1.BENTUK BULAT

Kalau nak cari durian, cari durian yang berbentuk bulat berbanding yang lonjong kerana bentuk durian yang bulat selalunya banyak isinya.

2.BERAT DURIAN

Ambil durian yang paaaaaling ringan kerana lagi ringan durian tu lagi banyak isi durian.Kalau ada dua saiz yang sama …ingat ambil yang paling ringan okeh!!

3.TANGKAI

Apa kena mengena dengan tangkai pulak??Sebab tangkai yang pendek dan tebal menandakan isinya yang tebal dan banyak.Perhatikan juga tangkai durian tu kering atau terpotong.Tak ada tangkai jangan beli katanya.

4.BUNYI

Ketuk durian tu dan pilihlah yang berbunyi padat semasa diketuk.

5.DURI

Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.

6. BAU

Hidu bau durian dan cari yang berbau manis.

7.JURING

Actually 1st time umi dengar pasar Juring ni.Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar.Makin banyak juring makin kecil isinya.

8.KULIT

Pilih durian yang belum di kopek atau tidak merekah kulitnya.Perhatikan keadaan kulit.Kalau ada tompok hitam itu tandanya isi dalamnya buruk.

9. WARNA

Dah siap pilih tu, mintak tolong penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi.Kalau tak ok mintaklah dia tukar kan.Kulit bewarna kuning tak bermakna isinya kuning jugak.

10.MUSIM

Beli durian ketika musim panas/kering.Jangan semasa hujan/lembap.Taku terbeli durian yang dipulas ribut.

 

Hah..Begitulah tips nak cari durian dari mingguanwanita.Yelah..durian ni bukan dapat selalu..Kalau dapat beli yang mahal sikit pun takpekan.

Malam tu umi keluarkan 3 biji buah durian sahaja.Tapi babah tambah lagi 2 biji durian untuk makan malam tu…

Kepanasan umi ko bila makan tak boleh nak berhenti.Malam tu terus tak boleh nak tidur tanpa sebab…hahahah

 

Hari tu alhamdulillah, rezeki umi dapat yang sekilo RM9 dengan isinya yang sedap.Biarlah tak musang king kong pun.Janji durian kampung.

Kemahin dak kecik ni makan durian.Dia tak pandai pun habiskan betul-betul sampai licin tinggal biji, jadi umilah yang kena habiskan.

Seketul Naura dah pandai suruh umi rekod video dan ambil gambar weh… nak jadi junior blogger ke cane…Tapi jangan ngengada nak jadi instafamous eh!! Jadi doktor Okeh!! hahaha.Saja umi blurkan gambar belakang tu disebabkan keadaan yang  huru hara kat belakang tu..

Teringat masa kat kampung dulu.Pokok durian sebesar-besar tidak.Bukak pintu rumah nenek je, nampak batang pokok durian yang besau hawau.Bila musim, dengar je durian jatuh malam-malam buta pegi kutip.sayangnya sekarang dah takde dah pokok tu.Yelah..pokok durian tu dari umi takde dah wujud.Sekarang ni umur dah dekat 40 tahun.Maunya boleh nak menghasilkan durian yang elok lagi.

Jadi sekarang ni, takde istilah atuk telefon , durian banyak kat kampung, bila nak balik…hahaah…

 

Lepas makan durian banyak-banyak tu, pastikan lepas makan durian, minum air dari durian tu..So, kena ikut petua tu jugak supaya ko tak jadi burung hantu.

Loading

1 Comment

  1. sedapnya durian. pandai ye naura makan durian. semalam bos saya belanja makan durian. dapat la telan 3 ulas. kepala dah cenoneng pulak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *