Assalamualaikum
Alhamdulillah.. Menu berbuka yang sederhana hari ni.Tak payah nak pergi ke bazar hari ni.Cukup menu mee hailam,betik masak air,ikan goreng,ayam masak merah dan air durian belanda yang fresh dari ladang.
Berbuka apa korang hari ni..Pastinya korang pun menu yang simple kan.Itu lebih menyelerakan dan di samping tu boleh la berjimat.
Oh ya!!Bila bulan puasa ni,banyak betul musim buah yang ada.Antaranya tentulah rambutan dan juga raja buah iaitu Durian.
Mungkin paling glamour orang akan pilih Musang King .Tapi aku tetap pilih durian kampung..sedap..Lagi pulak kalau dapat Durian Kucing tidur. Maksudnya dalam satu belah tu ada seulas je duriannya..Tu yang mablesnya..
Tadi nak dijadikan cerita,mak dah pun tempah durian kampung.Itu lagi bagus dari beli kat kedai.Bukan apa..lebih puas hatilah dari beli,lepas tu banyak busuk.Dapatlah 15 biji dengan harga rm50..oklah kan..isi pun puas hati..Nasib baiklah aku tak boleh makan banyak..Kalau tak dah baham dua tiga biji dah.
Takut pulak bila da banyak makan ,kepanasan pulak.Risau pulak effect kt baby nanti.Sempat my sil buat lempuk.Bubur durian da biasa buat.Makan dengan durian lagi sedap.Tadi tak sempat nak beli pulut.Just makan dengan roti je..
Oklah..sampai sini untuk entry ni..Selamat menikmati durian ni..hihi
2015-07-06
wah..penggemar durian ye kak..seronoknya makan durian kalau suka..fiza ni tak makan durian padahal kat segamat tu banyak betul durian..huhu
Jiran kakak lagi kan Eda siap bawa lori siapa nak dia suruh ambil aje. Kampung dia di Negeri Sembilan sanggup bawa ke Johor agih org setaman. Banyak betul durian sekarang ni..
Aduhhh..tak menahan tengok loggikan durian tu kak. Dah la dah lama tak dapat ni huhu
Nyum2! Lama tak makan durian.. Duiran kampung sedap! ^_^
RosmizaAli.Com™
hadoi… sedap nyer durian..
kat tempat aida ni hah da takde plak durian!
da abis kot kat sini…
weekend ni in shaa Allah nak carik la 2-3 biji 🙂
sdpnyeee…….
tak kesah… asalkan namanya durian… aku balun habis…
lempok lama tak mkn…..sedapnyaaa
Saya pun suka durian kampung…
Balik kampung hari tu sempat juga merasa durian kampung dari dusun ayah sendiri…sedap sangat
suami belikan durian D apa ntah tu..2 biji rm70..cukuplah tu dapat rasa-rasa
Fuhh saya tak kisah durian mana.. dua2 saya sental hahaa.. 😀
Sedapnya doyan. My feveret tu. Milk booster pon iye jugak ☺
Musangg kingggg.. Mmg besttt bile isinya kuning terang lg bersuluh.. Cewahh haha tp mmg sedap!