DRAMA RISIK PADA HATI(AKASIA TV3) dibintiangi oleh Alif Satar, Zara Zya dan Ummi Nazeera yang telah ditayangkan di Slot Akasia di TV3 setiap hari isnin hingga jumaat jam 7 malam.
SINOPSIS RISIK PADA HATI
Mengisahkan tentang Adam dan Hayfa yang sangat bahagia perkahhwinan namun Hayfa tidak mampu untuk memberikan zuriat kepada suaminya.
Suatu hari, Hayfa meminta Adam untuk berkahwin lain dan akhirnya Adam bersetuju menerima Aisya sebagai isteri keduanya.Adam cuba berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Selepas kehadiran Umar, kebahagiaan kehidupan mereka mula goyah.Ada yang cuba menjadi batu api sehingga timbul curiga dan prasangka dalam diri Hayfa dan Aisya.
Mampukan mereka untuk sama-sama menggapai bahagia itu semula atau perpisahan yang akan menjadi penamat sebuah perhubungan?
LAGU OST RISIK PADA HATI
Seribu Gunda -Hariz Fayahet & Wannie Ooi
WATAK PELAKON
- Alif Satar sebagai Adam
- Ummi Nazeera sebagai Hayfa
- Zara ZYa sebagai Aisya
- Haleeda Mazlein sebagai Hajah Wardah
- Rahim Omar sebagai Haji Kasisim
- Shiqin kamal sebagai Suhara
- Izzue Islam sebagai Nazim
- Nazs Sally sebagai Nurhan
- Ifa Raziah sebagai Mak ngah Diba
- Trisha Ooi sebagai Erra
- Ikhwan Rosli sebagai Farid
- Shazia Rozaini sebagai Atilia
- Syazuwan Hassan sebagai En Hairul
Tonton online Drama Risik Pada hati jika korang tak berkesempatan untuk menontonnya di TV.
Semakin lama semakin geram dengan sibatu api yang nak melaga-lagakan MADU ni.Bukan senang nak membina rumahtangga especially bagi lelaki yang mempunyai lebih dari seorang isteri.
Banyak hati yang perlu dijaga dan tidak mustahil hati sendiri akan tersakiti.Dan ada lagi ke isteri yang sebaik Aisya yang sentiasa mengalah dalam banyak hal?