DRAMA REMANG DI TV3 | Mengisahkan tentang seorang DJ Radio bernama Ejay lakonan Syafie Naswip yang membuat segmen seram yang dinamakan Remang Malam.
Drama Remang ini telah ditayangkan di slot baharu di TV3 setiap Isnin 11 malam.
SINOPSIS DRAMA REMANG
Mengisahkan tentang seorang DJ radio iaitu Ejay yang cuba untuk naikkan rating pendengar di slot tengah malam dimana segmen yang beliau kerja. Oleh itu, dia mendapat satu idea dengan menukar segmen cinta yang dibawa olehnya sebelum ini kepada segmen seram yang dinamakan sebagai Remang Malam.
Dalam segmen ini, DJ Ejay akan menerima panggilan telefon daripada pendengar dan mereka akan ceritakan kisah-kisah seram yang pernah berlaku kepada mereka dan juga biasanya berlaku dalam masyarakat melayu.
Dari cerita-cerita pendengar tersebut, akan terbitlah jalan cerita drama ini dengan pelbagai episod berlainan setiap minggu. Antara tajuk episod adalah Dendam Saka, Tangkal, Jangan Alih, Pakcik Tumpang, Lukisan Lama, Belaan, Alam Lain dan banyak lagi.
Selain daripada cerita daripada pendengar-pendengar, sebenarnya DJ Ejay juga ada kisah seram yang tersendiri yang mana mengisahkan kisah sebenar tentang dirinya. Kisah apakah itu? Kena tengok sampai habis.
SENARAI PELAKON DRAMA REMANG
Pelakon: Syafie Naswip, Emma Maembong, Azrel Ismail, Shamielya Shamsul, Chacha Maembong, Airil Hafiz, Angeline Tan, Kent Tan, Aween Ismail, Adam Corrie, Iman Suhana, Fiza Halim, Shyrim Husni, Aryo, Syed Irfan, Aiman Badrul, Erul Samah
Siapa yang berani nak tengok cerita ni malam-malam silalah tengok.Kalau umi yang tengok, mau tak boleh tidur malam nanti.
Pelakon pun hebat-hebat jugak kan.Kalau tak sempat tengok malam, boleh je tonton online drama Remang ni.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.