Drama Pujaan Hati Kanda-TV3 AKASIA

Drama Pujaan Hati Kanda-TV3 AKASIA | Yeay..Pelakon pujaan hati umi berlakon lagi.Siapa lagi kalau bukan Remy Ishak kan.hahaha..Seriously umi memang minat dia berlakon dari dulu lagi.Belum habis cerita Lelaki Kiriman Tuhan, dah ada yang baru.Heroin pun sama jugak.

Drama Pujaan Hati Kanda-TV3 AKASIA

SINOPSIS PUJAAN HATI KANDA

Mengisahkan tentag seorang bernama Danny, seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya. Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara, pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya. Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi? 

PARA PELAKON PUJAAN HATI KANDA

Remy Ishak sebagai Megat Danish (Danny)
Mira Filzah sebagai Tiara
Sarah Hildebrand sebagai Nadine
Syazwan Zulkifly sebagai Pali
Elisya Sandha sebagai Reena
Mustaqim Bahadon sebagai Kashah
Azar Azmi sebagai Fatimah
Omar Abdullah sebagai Dato Megat Aiyub
Dian P Ramlee sebagai Datin Puteri Aisyah
Reen Rahim sebagai Suria
Taufiq Hanafi sebagai Naim
Qazem Nor sebagai Rizman

Dah pun berlangsung episod 1 ,korang boleh tengok di youtube okeh.

Jom ler sambung tengok cerita ni kat youtube.

Loading

5 Comments

  1. Tak sempat nak tengok kat tv. Beli novel je terus

  2. Semalam dah tengok episod 1, tak sabar nak tengok yg seterusnya

  3. alahaiii..kena tonton dari awal nih..plan nak follow cerita ni tapi terlepas pulak..kena pulun tengok sampai episod terkini nih…sebelum banyak episod terlepas lagi..huhuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *