Tonton Drama Love Elsa Episode 1-24

Tonton Drama Love Elsa Episode 1-24 | Nantikan drama adaptasi dari Novel Love Elsa yang akan disiarkan di slot megadrama Astro Ria Karya dari Acik Lana.

Drama Love Elsa menampilkan gandingan pelakon Zul Ariffin dan Uyaina Arshad.Ia diterbitkan oleh Juita Viden dan diarahkan oleh Michael Ang.

SINOPSIS DRAMA LOVE ELSA

Kisah Ammara, seorang gadis yang mempunyai kelebihan untuk mengembara ke masa silam orang yang disentuhnya.Kesannya Ammara akan jatuh sakit selepas berlaku sentuhan.

Disebabkan penyakit misteri ini, ayahnya menempatkan  Ammara di satu kawasan yang dikawal ketat keselamatannya.Ammara kemurungan hidup seorang diri selepas ibunya meninggal dan disisihkan oleh ayahnya sendiri.

Kemunculan Ridza Kim yang berpindah bersebelahan rumahnya, mengubah hidup Ammara.Tanpa sengaja Ammara tersentuh Ridza Kim dan melihat masa silam lelaki itu.Ammara menggunakan kelebihannya untuk membantu menyelesaikan kes pembunuhan keluarga Ridza kim dan lahirnya perasaan cinta.

TONTON DRAMA LOVE ELSA EPISODE 1-24

WATAK PELAKON DRAMA LOVE ELSA

  • Zul Ariffin sebagai Ridza Kim
  • Uyaina Arshad sebagai Ammara
  • Zeera Azizi sebagai Sofea
  • Mona Allen sebagai Madam Qistina
  • Nasz Sally sebagai Habsah
  • Iman Suhana sebagai Hamidah

Saksikan tau nanti cerita ni, sebab kalau tengok pada novel cerita ni memang menarik.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *