Drama Lelaki Lingkungan Cinta di TV3

sinopsis-lelaki-lingkungan-cinta

Drama Lelaki Lingkungan Cinta di TV3 | Drama yang diinspirasikan daripada novel nukilan Lily Haslina Nasir telah bersiaran di slot Lestary TV3.

Drama lelaki lingkungan cinta ini menampilkan penyanyi dan pelakon Naim Daniel yang digandingkan dengan Shalma Eliana ini diterbitkan oleh Zeel Production di bawah arahan Emi Suffina.

Ia mula ditayangkan pada 21 Oktober 2020 setiap hari rabu hingga jumaat pada jam 9.00 malam.

SINOPSIS DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Drama Lelaki Lingkungan Cinta di TV3

Mengisahkan tentang Adib(Naim Daniel) seorang jejaka lepasan SPM yang nakal mencuba untuk menawan hati si Jelita Esya(Shasha Abedul).Mereka dihantar ke sebuah kem jati diri di Gopeng Perak oleh keluarga mereka sebagai aktiviti mengisi masa lapang mereka.

Adib telah jatuh hati pada pandangan pertama kepada Esya semenjak waktu pendaftaran lagi.Dia telah mencuba pelbagai helah dan pickup-line untuk menambat hati Esya namun gagal.Ini kerana Esya sentiasa dijaga oleh sahabat baiknya yang sentiasa sibuk dengan media sosial, Maria(Cik B) dan sepupu Esya yang ‘Over Protective’ iaitu Zambri(Ismail Izzani)

Walaupun Esya tidak melayannya, Adib tidak pernah mengaku kalah.Malahan ADih telah mengatur pelbagai strategi agar dia boleh mendekati Esya.Keadaan menjadi semakin rumit apabila Zambri yang sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Esya, mula menunjukkan perasaan cemburu.

Esya pula mula membenci dan meluat dengan perangai Adib yang kebudak-budakan.Esya pernah memarahi Adib agar hentikan cubaannya untuk memikatnya, tetapi ia hanya meningkatkan daya pemikiran kreatif Adib untuk mengenakan Esya.

Drama Lelaki Lingkungan Cinta di TV3

JUDUL : LELAKI LINGKUNGAN CINTA

 
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 21 Oktober 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Marr Mohamad
PENULIS NOVEL : Lily Haslina Nasir
PENGARAH : Emi Suffian
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Rozita Che Wan, Ruhainies, Syazuwan Hassan, Cik B, Aniq Suhair, Izzrin Irfan, Asha Merican, Imran Aqil, Aisar Khaled, Chemat Raja Lawwk, Nazeera Sardi, Mas Anizan, Aresya Rania, Ummar Dzariff
 
WATAK PELAKON 
Naim Daniel sebagai Adib
Shasha Abedul sebagai Esya
Ismail Izzani sebagai Zambri
Shalma Eliana sebagai Salina
Cik B sebagai Maria
Imran Aqil sebagai Hardy
Aniq Suhair sebagai Arep
Aresya Rania sebagai Esya
 
LAGU TEMA / OST
Siti Nurhaliza – Siapa Tak Mahu

Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib. Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej.

Tonton Online Drama Lelaki Lingkungan Cinta

Korang juga boleh tonton secara online drama lelaki lingkungan cinta di di Youtube rasmi Drama Sangat TV3 ini 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *