drama honeymoon

Drama Honeymoon Di Slot Dahlia TV3

Drama Honeymoon Di Slot Dahlia TV3 lakonan Zara Zya dan Ben Amir pastinya dinanti-nantikan oleh peminat drama dan Novel Honeymoon ini

Drama Honeymoon adalah cerita yang diadaptasikan dari Novel Honeymoon yang ditulis oleh Nurharyati Ishak ini akan ditayangkan di Slot Dahlia TV3 tidak lama lagi.

drama honeymoon

SINOPSIS DRAMA HONEYMOON

Seorang, lurus bendul, bersaiz XXL dan banyak cakap.

Seorang, pendiam dan misteri.

Moon dan Ilham dua watak yang tiada langsung persamaan.Namun siapa sangka, ketentuan-Nya mereka bertemu dalam keadaan yang tidak terduga.

Moon tak sangka, lelaki kacak yang terserempak dengannya di tepi sungai itu adalah tunangnya. Hensemnya tunang Moon mak oi! Hampir-hampir Moon nak jerit. Tetapi sayang, Ilham tidak tahu dia siapa. Err…

Pelik… Cinta memang pelik atau Ilham yang pelik, boleh jatuh cinta pandang pertama dengan gadis lurus bendul macam Moon. Saiz belakang kira, yang penting jiwa dan raga dah tertawan.

“Abang tak tahu waktu bila abang sedar abang jatuh cinta pada Honey. Lihat keletah Honey, sikap sengal-sengal Honey, tiba-tiba cinta datang tanpa abang sedar. Bila dah hidup bersama ni, tentulah cinta tu makin kuat.” – ILHAM

Moon dan Ilham fikir perkahwinan manis-manis belaka, mana tahu ada hempedu yang terpaksa ditelan. Sebenarnya Ilham sangat tertekan dengan kerjayanya yang melibatkan sindiket berbahaya. Dia mula abaikan Moon sehingga Moon berdendam dan nekad berubah. Bila Moon dah tunjuk belang dan tak hinginkan Ilham lagi, mulalah lelaki itu hilang arah.

“Pergilah, bang! Pergi balik. Jangan menyusahkan hidup Moon di sini lagi. Kalau Moon tak ada pun, perempuan lain boleh jaga abang!” – MOON

drama honeymoon

Akibat salah faham, rumahtangga Ilham dan Moon goyah.

Seorang ego, seorang pentingkan diri. Tetapi hubungan mereka perlu diselamatkan, perlu dibajai semula demi kebahagiaan hakiki.

Drama Honeymoon

Jumlah Episod : 20

Siaran Tv: Slot Dahlia TV3

Penulis Skrip : Sha Farhana Fauri

Pengarah : Pali yahya

Produksi Mache All Star United Sdn Bhd

Gambar : Zara Zya

PELAKON DRAMA HONEYMOON

Zara Zya Sebagai Moon

Ben Amir sebaga Ilham

Wanns Ahmad sebagai Jiman

Ammar Titan

Hanna Aqeela

Neera Azizi

Dynas Mokhtar 

dan ramai lagi

Tengok vide-video diorang kat IG tu rasa tak sabar pulak nak tengok tau drama ni tau.Korang boleh juga tonton drama Honeymoon secara online.Dah episode 8 makin kelakar tau cerita ni.Suka sangat tengok gelagat Zara Zya dalam cerita ni.

 

Loading

3 Comments

  1. Engko asyik off komen je ekk post baru tu hahahahaha

  2. Best juga mahu layan ni kalau ada Zara Zya dan Ben Amir hikhik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *