Drama Hadiah Dari Tuhan Banyak Pengajarannya | Drama bersiri tentang realiti kehidupan masyarakat dan petugas barisan hadapan dalam menghadapi pendemik Covid-19
Drama 13 episode ini menampilkan lakonan Syafi Tee, Riena Diana, Puteri Rafasya, Sophia AlBarakbah, Amy Mastura, Fezrul Khan dan ramai lagi.
Drama Hadiah dari tuhan ini diarahkan oleh Fairuz Loy yang telah ditayangkan pada 30 Disember 2020 di slot Lestary TV3.
SINOPSIS HADIAH DARI TUHAN
Kisah pergolakkan hidup tiga remaja dari latar belakang taraf kehidupan berbeza menempuh kehidupan suka duka ketika Malaysia berdepan dengan wabak Covid19.
Qul Fattah lahir dalam keluarga kategori B40, Ika Nabila lahir dalam keluarga kategori M40 dan Bella Roselina lahir dalam keluarga kategori T20.
Qul telah kematian ibu bapanya sejak lima tahun yang lalu disebabkan kemalangan jalan raya, dia selaku anak sulung lelaki adalah ketua keluarga kepada seorang adik perempuan yang bernama Qas Fatin yang masih bersekolah rendah.
Mereka tinggal bersama nenek bernama Siti Ainum yang kini terlantar sakit tua serta mengalami komplikasi pelbagai penyakit.
Sebelum wabak COVID-19 menular, Qul bekerja sambilan di sebuah pasar raya dan menetap di rumah pangsa.Â
Ika pula anak tunggal kepada Jannah yang bertugas sebagai ketua jururawat di sebuah hospital kerajaan, Ika mempunyai bapa, tetapi kedua ibu dan ayahnya sudah bercerai ketika dia masih kecil.
Bella pula dilihat paling bernasib baik, dilahirkan serba mewah, mempunyai ayah dan ibu yang berpendapatan besar, serta lengkap mempunyai datuk dan nenek. Bella membesar di dalam rumah banglo mewah yang serba lengkap.
Apabila wabak COVID-19 menular, kehidupan Qul, Ika dan Bella berubah dan terpaksa mengharungi pelbagai ujian dan dugaan.

Â
kita tengok pun perasaan berkecamuk bila tengok Qul dimarah oleh jiran-jirannya, bapak si Bella jadi kluster kayangan. bila doktor tu sendiri positif. Sedih, geram, gembira. memang bagus drama ni.
banyak pengajaran dari drama ini. realiti kehidupan sebenar yang kita tak tahu .