Drama Cemburu Seorang Perempuan |Drama yang penuh dengan airmata, mengisahkan tentang Seorang lelaki berkahwin dengan rakan baik sendiri atas permintaan isterinya sendiri.
Umi tak tau kalau in reality ada cerita sebegini.Tetapi cerita ni dah membuatkan umi mengalir airmata setiap kali menontonnya.Kalau dulu, umi hanya membaca Novel Cemburu Seorang Perempuan ni je.Tapi bila diadapatsi menjadi sebuah Drama, seriously umi rasa best sangat dan tak lepas lagi nak menonton episode-episode yang disiarkan.Sesiapa yang pernah membaca Novel ni pasti tau kisah di sebalik cemburu seorang perempuan ni.Walaupun drama ni lain sedikit dari novel asal, tapi umi rasa lebih details berbanding dengan Novel kan.Jom kita baca sinopsis untuk Daram Cemburu seorang perempuan ni.
Sungguh Wanita mampu menyembunyikan cinta selama 40 tahun, namun tidak sanggup menyembunyikan cemburu meskipun sesaat
SINOPSIS DRAMA CEMBURU SEORANG WANITA
Zikri dan Dhia berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakraban mereka membuatkan keluarga Zikri tidak senang kerana Dhia dari keluarga yang tidak berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.
Zikri kemudian berkahwin Emilia. Hidup mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emilia tidak boleh mengandung lagi. Disebabkan itu, Emilia mahu Zikri mengahwini sahabat baiknya, Dhiya untuk melahirkan anak mereka dengan kaedah ibu tumpang.
Dhia rela kerana dia memang kasihkan Zikri. Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja. Namun Emilia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya sehingga bertindak di luar batasan kewarasan fikiran.
EPISODE : 20 Episod
WAKTU SIARAN : Isnin- Jumaat 7.00 Malam
PELAKON : Emma Maembong, Amyra Rosli, Amar Baharin, Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sabrina Ali, Amir Nafis, Mior Darwish, Nazrief Nazri, Rashidah Jaafar, Elmy Moin
Umi jarang menonton di TV di sebabkan masa tu memang tak kena dengan schedule umi, so umi just tengok melalui Telegram je.So, korang boleh tengok di link yang umi dah sediakan di bawah ni ye.
Tak sabar nak tunggu episode hari ni pulak
Dah banyak terlepas episod cerita ni..