kisahsidairy.com nur awfiyah parenting blogger TIPS

Doa Untuk Anak-Anak yang perlu diamalkan oleh ibubapa

Doa Untuk Anak-Anak yang perlu diamalkan oleh ibubapa| Entry ni adalah untuk sebagai bahan rujukan aku untuk diamalkan setiap hari.Aku abadikan dalam blog.Jadi bila diperlukan,aku akan review balik entry ni..Sebagai panduan jugak pada aku sebagai parents..
Yelah..Kekadang,bila kita tengok anak kita membesar depan mata,kita dapat lihat sikap yang kita rasa taknak ada dalam diri dia..Nak dia jadi seorang yang berguna suatu hari nanti..Anak-anak ni kan ibarat kain putih..Kita lah yang mencorakkan dia untuk menjadi lebih baik atau sebaliknya.
Sebagai ibu,apa yang kita nak dari anak-anak kita,adalah bila mereka dewasa kelak,akan menjadi anak yang boleh membanggakan ibu dan ayah serta keluarganya.Bila tengok Nur awfiyah tidur,macam-macam yang aku fikir.Khususnya bila dia dah dewasa kelak..
Setiap kali doa tak putus-putus untuk dia dan adiknya yang bakal lahir.Moga mereka dilindungi dari sebarang keburukkan..Sejak itu,aku dah google sedikit sebanyak doa-doa yang perlu aku amalkan untuk anak-anak aku..Aku harap ianya menjadi rutin untuk aku buat setiap kali mereka tidur.Supaya dilembutkan hati mereka,supaya mereka menjadi pintar dan menjadi anak yang soleh dan solehah.
Lama dah disimpan,baru ni sempat nak update…Mana tau boleh jadikan panduan untuk parents diluar sana jugak kan..Sama-sama Kita membentuk anak kita agar mereka menjadi seorang yang berguna suati hari nanti kepada masyarakat dan negara tercinta nih..
Dah beberapa hari jugak aku amalkan setiap kali Nur awfiyah tidur
Bacaan Surah Al-fatihah
 
Dibaca 1x
Bacaan Ayat Kursi
Dibaca 1x
Bacaaan Surah Al-Insyirah
 
Di baca 1x
Bacaan Surah Toha (ayat 1-5)
Kemudian hembuskan ke ubun-ubun anak dan niatlah agar anak kita menjadi anak yang soleh ,bijak pandai,rajin mengerjakan solat dan lain -lain
atau
Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
atau
Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.
sumber: google
Senang untuk diamalkan kan..Harap lepas ni konsisten untuk buat pada Nur awfiyah tu..Aku tak mampu memberi dia kekayaan,at least aku berharap agar aku mampu memberikan  pelajaran yang terbaik untuk masa depannya.insya allah..
Begitu juga dengan adik-adiknya yang bakal lahir nanti..

update : tambahan dari kak zakie,.thanks kak..insya allah nak amalkan jugak…

Robbij’alni muqimassolati waminzurriyyati, robbanal wataqobba du’a
 

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(8) Comments

  1. Kakak tambahkan lagi satu Eda. Baca Robbij'alni muqimassolati waminzurriyyati, robbanal wataqobba du'a. Moga anak kita jadi anak yg tak tinggal solat juga. Semua ini doa terbaik dlm mendidik anak kita utk dunia dan akhirat..

    1. thanks kak…eda update balik entry ni

  2. Insha Allah Awfiyah jadi anak solehah ^-^

  3. benda baik memang patut di kongsi dan disebarkan..Tq..

  4. T kasih atas perkongsian Aida.. wah template baru eh.. 🙂 🙂

  5. Lynn Munir says:

    Memang amalan yang bagus untuk diamalkan dan terbukti mujarab.
    Mudah-mudahan Nur Awfiyah tumbuh sebagai anak yang solehah dan jadi kebanggaan
    ibu dan ayah.

  6. terima kasih krn berkongsi insya allah akn d amalkn

  7. Selamat beramal..moga anak anak kita manjadi anak yang soleh dan solehah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *