Doa Selepas Solat merupakan amalan yang penting untuk kita lakukan dalam agama islam.Selepas menunaikan solat, umat islam dianjurkan untuk berdoa bagi memohon keberkatan, keampunan, dan petunjuk dari Allah.Mungkin diantara kita yang tak tahu doa selepas solat yang perlu kita amalkan.
KELEBIHAN DOA SELEPAS SOLAT
Terdapat hadis yang memberitahu kita tentang kelebihan berdoa :-
Abu Umamah berkata bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang apakah doa yang paling didengari. Rasulullah SAW menjawab:
“(Doa yang paling didengari ialah) ketika satu pertiga malam yang terakhir dan ketika selesai solat fardu.”
(HR al-Tirmizi)
Terdapat juga hadis iaitu HR Abu Daud yang menyatakan:
” Jika salah seorang dari kalian selesai menunaikan solat maka mulakanlah (doa selepas solat ) dengan mengagungkan dan memuji Allah. Kemudian berselawat ke atas Nabi dan barulah berdoa selepas itu apa yang dia ingini.”
Selain dari hadis di atas, terdapat juga ayat dalam Al-Quran yang menyatakan kelebihan berdoa iaitu:
Allah swt berfirman:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
(Surah Ghafir: 60)
Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa doa merupakan senjata yang sangat kuat bagi umat Islam. Kita boleh berdoa pada bila-bila masa sahaja untuk memohon perkara dari Allah SWT.
Selepas kita menunaikan solat fardhu, kita digalakkan untuk melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istighfar.
LANGKAH-LANGKAH MUDAH MELAKUKAN WIRID SELEPAS SOLAT
1.Mulakan Istighfar sebanyak 3 kali
Bagi mendapatkan ganjaran yang lebih, kita perlu amalkan setiap kali selepas melakukan solat fardu dengan ucapan ini sebanyak 3 kali
Maksudnya:-
Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Besar, tiada tuhan selain Dia yang hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat kepadaNya.
2.Membaca Kalimah di Bawah 3 kali
Maksudnya:
Tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, bagi Allah seluruh kekuasaan dan untuk Allah segala kepujiaan. Dia menghidupkan dan mematikan, Dialah amat berkuasa atas segala sesuatu
3.Baca Doa untuk dijauhkan dari Api Neraka Sebanyak 3/7 kali
Maksud:
Ya Allah jauhkan aku daripada azab api neraka
- Boleh ganti Ajirna (أَجِرْنَا) dengan AjirNi (أَجِرْنِى) jika solat sendirian
- Baca sebanyak 7 kali untuk Solat Subuh dan Maghrib
4.Baca zikir memohon keselamatan
Maksudnya:
Ya Allah Engkaulah penyelamat sejahtera, daripada Engkaulah datangnya kesejahteraan, kepada Engkaulah kembalinya kesejahteraan itu, oleh yang demikian hidupkanlah kami dengan selamat sejahtera dan masukkan kami ke syurga, negara yang aman sejahtera, bertambah-tambah berkatMu Ya Allah Tuhan kami dan Maha Tinggi, ya Allah yang empunya segala kebesaran dan kemuliaan.
5.Baca Ta’a wuz dan Al fatihah

Maksudnya:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
6.Membaca Surah Al -baqarah ayat 163
Maksudnya:
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa, tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
7.Membaca Ayat Kursi
Maksudnya:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
8.Membaca Surah Al-Baqarah Ayat 284 dan 285


11.Membaca Surah Al imran ayat 18, 19, 26 dan 27
12.Membaca Surah Al-Ikhlas
12.Membaca Surah Al-falaq
13.Membaca Surah An-Nas
14.Baca Al-Fatihah Sekali Lagi
15.Membaca Tasbih

Kemudian

Kemudian baca Pelengkap Tasbih, Tahmid dan Takbir
DOA SELEPAS SOLAT FARDU
Di bawah ini salah satu doa yang boleh korang amalkan.Untuk doa-doa lain korang boleh rujuk di page akuislam yang lengkap dengan doa-doa lainnya.
Bacaan dalam Rumi:
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin sayyidina muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.
Allahumma taqobbalminnaa solaatana wadhu’aa ana innaka antassami’ul ‘alim, watub ‘alainaa innaka antattawwaburrohim.
Allahummaj ‘aldinanaa diinannabiyyi muhammadin sollallahu ‘alaihi wasallam, wa islaamana islaamal muslimiin, wa iimananaa iimanal mu’minin, wasolaatana solaatal khoosyi’in.
wa a’maalana a’maalassolihin, waniyyaa tana niyyatal mukhlisin, wazunuubana ya Allahu zunuubal mustaghfirin.
Wahayaatana hayaatal ‘ulama’, wamautana bimautissyuhada, wa adkhilnal jannata ma’al anbiyaa’i ‘alaihimusoolatu wassalam.
Robbona aatina fiddunya hasanah, wafil aakhiroti hasanah, waqina ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala khoiri khoqihi sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, subhaana robbika robbil ‘izzati ‘amma yasifun, wasalaamun ‘alal mursalin, walhamdulillahi robbil ‘alamin.
Maksudnya:
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Semoga bermanfaat untuk korang.