Doa Yang perlu di Amalkan Ketika Hujan begitu Juga Sunnahnya

Doa Yang perlu di Amalkan Ketika Hujan begitu Juga Sunnahnya

Doa Yang perlu di Amalkan Ketika Hujan begitu Juga Sunnahnya | Hujan lebat dengan angin yang kuat kadang-kadang buatkan kita takut.Hujan itu adalah satu rahmat untuk kita.Selain dari berdoa kita juga perlu mengamalkan sunnah yang berkaitan dengan hujan ni.

Ketika hujan turun kita perlulah menadah tangan berdoa supaya hujan yang turun itu memberikan manfaat untuk kita.Antara doa-doa yang berkaitan dengan hujan yang umi kongsi daripada artikel iluvislam adalah :-

DOA KETIKA HUJAN TURUN

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ

“Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

DOA KETIKA HUJAN SEMAKIN LEBAT

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺣَﻮَﺍﻟَﻴْﻨَﺎ ﻭَﻟَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ,ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻋَﻠَﻰ ﺍلآكَاﻡِ ﻭَﺍﻟﻈِّﺮَﺍﺏِ ﻭَﺑُﻄُﻮﻥِ ﺍﻟﺄَﻭْﺩِﻳَﺔِ ﻭَﻣَﻨَﺎﺑِﺖِ ﺍﻟﺸَّﺠَﺮِ

“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan di dataran tinggi, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pokok- pokok.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

DOA KETIKA HUJAN TURUN

ﻣُﻄِﺮْﻧَﺎ ﺑِﻔَﻀْﻞِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺘِﻪِ

“Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bukan itu sahaja, terdapat juga sunah-sunah lain ketika hujan yang kita perlu ketahui

 

baca juga : Doa Penenang Hati

SUNNAH KETIKA HUJAN

Merasai Hujan

Anas menceritakan  “Kami bersama-sama Rasulullah pernah ditimpa hujan, lalu Rasulullah menyinsing pakaiannya sehingga hujan mengenanya.” Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapa Tuan lakukan hal ini?’ Jawab Nabi: “Kerana hujan tadi mahkluk yang baru Allah ciptakan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Tidak mengutuk hujan, angin dan seumpamanya

Ada seorang lelaki mencela angin, lalu Baginda mendidiknya: “Janganlah kamu mencela angin, sesungguhnya angin hanya menurut perintah-Nya. Sesiapa yang mencela sesuatu sedangkan ia tidak berhak terhadap celaan tersebut, laknat itu akan kembali kepadanya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Berdoa apabila mendengar guruh dan petir

Ibn Umar berkata bahawa apabila mendengar petir dan guruh, Nabi pun berdoa (yang bermaksud):

“Ya Allah, janganlah Engkau membunuh kami dengan kemurkaan-Mu dan janganlah menghancurkan kami dengan azab-Mu, ampunkanlah kami sebelum itu.” (Hadis riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

Mengambil kesempatan untuk doa memohon hajat

Terdapat beberapa waktu dan tempat yang mustajab doa, antaranya ketika hujan. Diriwayatkan Nabi SAW bersabda: “Dua doa yang tidak ditolak, semasa azan dan di bawah hujan.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Memohon diberikan kebaikan dan dijauhkan keburukan akibat angin, hujan dan seumpamanya

Apabila merasai tiupan angin, Nabi akan berdoa: “Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa yang ada padanya, serta kebaikan apa yang telah Engkau utuskan dengannya, dan aku berlindung daripada keburukannya dan keburukan yang ada padanya serta keburukan yang Engkau utuskan dengannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Semoga bermanfaat. Nampaknya hujan lebat, petir kat luar tu merisaukan hati umi dengan budak berdua tu di rumah.Jangan lupa amalkan Doa Yang perlu di Amalkan Ketika Hujan begitu Juga Sunnahnya

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *