Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah

DOA AKHIR TAHUN DAN DOA AWAL TAHUN HIJRAH.Awal Muharram bakal tiba lagi menemui kita.Muharram adalah bulan pertama di dalam Kalender Islam.Merupakan hari yang penting untuk umat islam setiap tahun

Tarikh 1 Muharram 1441 Hijrah( awal Muharram/Maal Hijrah) adalah bersamaan dengan 1 September 2019 Masihi.Awal Muharram di sambut menandakan bermulanya tahun baru di kalender Islam.

PERISTIWA PENGHIJRAHAN NABI MUHAMMAD SAW

Tahun hijrah adalah tahun islam yang dipersetujui dan dipilih bermula pengiraanya dari tarikh Nabi Muhammad SAW ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

 

Baca juga : Jadual Puasa Muharram

Kalau korang nak tahun Hijrah di fahami sebagai perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.Perpindahan itu bukanlah semata-mata kerana putus asa atau melarikan diri, tetapi ia adalah usaha untuk merubah keadaan yang lebih baik, merencanakan strategi yang lebih mantap supaya dapat mengembangkan syiar islam di muka bumi ni.

Sempena dengan kedatangan Tahun baru Islam  ini dikongsikan Bacaan Doa Akhir tahun dan awal tahun hijrah sebagai panduan buat umat islam semua.

Doa awal dan akhir tahun merupakan perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarat, namun ia bukanlah perkara yang wajib.Berdoalah di awal dan di akhir tahun.Berdoa semoga dosa kita di tahun yang lalu diampunkan dan amalan kita diterima oleh Nya.Berdoalah moga di tahun baru ini kita dapat menjadi seorang manusia yang lebih baik dan dibantu melakukan amal ibadat sebanyak yang mungkin.

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Bersempena dengan Maalhijrah, kita sebagai umat islam digalakkan untuk  membaca doa akhir tahun dan awal tahun.

Bacaan doa akhir tahun ini digalakkan untuk dibaca pada petang selepas waktu Asar pada 29 atau 30 ZulhijjahDoa Akhir Tahun 1440H

 

DOA AKHIR TAHUN

doa akhir dan awal tahun

BACAAN DALAM RUMI

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim,

Alhamdulillahi rabbil alamin,

Wa sallallaahu ‘ala sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa aalihi wa sahbihii wa sallam.

Allaahumma maa ‘amiltu fi haazihis-sanati mimmaa nahaitani ‘anhu fa lam atub minhu wa lam tardahuu,

Wa lam tansahuu,

Wa halumta ‘alayya ba’da qudratika ‘alaa u-quubati,

Wa da’autani ilattaubati minhu ba’da jur’ati alaa ma’siyatika,

Fa inni astagfiruka fagfirlii,

Wa maa ‘amiltu fiihaa mimma tardaahu wa wa ’attani ‘alaihis-sawawaba,

Fas’alukallahumma yaa kariimu yaa zal-jalaali wal ikraam an tataqabbalahuu minni

Wa laa taqta’ rajaa’i minkaa yaa kariim,

Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihii wa sahbihii wa sallam

Wahamdulillahi rabbil alamin.

 

 

DOA AWAL TAHUN 

Doa awal tahun 1441H dibaca selepas menyempurnakan fardu maghrib pada 30 Zulhijjah 1440 bersamaan dengan 31 Ogos 2019 iaitu pada malam 1 Muharram 1441H

 

bacaan doa akhir dan awal tahun

BACAAN  DALAM RUMI

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim

Alhamdulillahi rabbil alamin,

Wa sallallaahu ‘ala sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa aalihi wa sahbihii ajmain,

Allahumma antal abadiyyul qadimul awwal,

Wa ‘ala fadlikal ‘azim,

wajudikal mu awwali.

Wa haza ‘ammun jadidun qad aqbala ‘alaina,

Nas alukal ismata fiihi minna-syaitoni wa auliya ihi wajunu dihi,

Wal auna ala haazihin-nafsil amarati bil su’i,

Wa istirghola bima yuqorribuna ilaika zulfa,

Yaa zal-jalaali wal ikraam,

Ya arhamarrahimin,

Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihii wa sahbihii wa sallam.Wahamdulillahi rabbil alamin

 

 

Moga kita sentiasa mengingati sejarah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan setiap penghijrahan dari diri kita tu, hendaklah yang lebih baik.

Insyallah

 

sumber : Mysumber

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

2 thoughts on “Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah

  • August 19, 2020 at 6:05 pm
    Permalink

    Aaminn aaminn… Selamat menyambut awal muharram kak eda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *