Dinner di Yew’s Cafe & Bistro Senibong Cove bersama dengan kawan-kawan umi.Ikutkan ramai je nak join tetapi memandangkan mereka agak sibuk, jadi umi, sislin, suzie dan juga yaya yang join petang tu.
Port dinner yang baru Sis Lin kenalkan ni merupakan Cafe yang korang boleh nampak laut dan kapal.Jarang-jarang port lepak kami boleh nampak kapal layar ni.Kalau korang ada pulus, boleh naik kapal layar yang disediakan disini.Bayar jelah kan..hahah.Ini antara tempat makan best di Johor yang umi boleh rekeman kat korang.Sila baca sampai habis ye.
Memang best tengok pemandangan petang-petang kat sini.Kalau malam pun masih cantik lagi.Cuma umi lebih suka siang sebab nampak awan.
Geng makan umi dengan Sis , Suzie dan juga yaya.Nak tag blog yaya takde pulak haha.
Ini pulak suasana di hadapan Yew’s Cafe & Bistro.Nak lepak kat luar boleh, kat dalam pun boleh.Tapi umi suka kat dalam sebab sejuk sikit.Kalau malam kat cafe ni ramai orang.Kami pergi pun dalam pukul 6 lebih.Jadi tak ramai orang la.Lepas pukul 8 malam memang ramai je customer cafe ni.Yelah, tempat cantik kan, mestilah ramai orang datang.
Dan bukan sebab tempat je cantik, makanan yang dihidangkan juga sedap dan menepati citarasa tekak umi.Jadi nak tau kena ke tidak dengan tekak korang, of course korang wajib terjah cafe ni.Bawak kawan-kawan korang untuk menikmati kesedapan dan suasana cafe ni.
Ini antara menu yang umi order dengan kesepakatan mereka-mereka ni.Alhamdulillah, menu yang kami order sedap-sedap belaka.
Ni antara menu yang kami order dari starter dan Main Dish di Yew’s Cafe & BistroÂ
Starter
- Tofu Bakar
- Mozarella Cheese Stick
- Sweet & Spicy Korean Chicken
Main Dish
- Beef Briyani
- Seafood Tomyam
- Creamy Seafood Tomyam Spaghetti
- Grilled Chicken Skewers
- Smoked Duck Donburi
- Grilled Lamb Shank
Nak tengok full menu korang kena tengok page kisahsidairy.com ye.Kat situ umi ada tunjukkan satu-satu menu yang umi order kat sana.
Umi boleh highlight kan sedikit menu-menu yang perlu korang cuba bila kat sini

Ini ialah menu Main Dish di Yew’s Cafe & Bistro ye korang.Ini antara menu wajib korang cuba iaitu Creamy Seafood Tom Yam Spaghetti.Menu ni pertama kali umi cuba. Memang kuat rasa tomyam dan sangat-sangatlah creamy.And done licin kami makan.
Siapa kata kat sini takde tomyam, yes ini dia Seafood Tomyam Soup yang sedap.Memang berasa dan tak cair okeh.Ini juga wajib korang order bila datang sini.Kemain menghirup memasing dengan tomyam ni.
Nasi beriani pun hado kat sini.Jadi tekak melayu kalau takde menu-menu macam ni memanglah tak sah kan.Nak western ada, nak al-ala kampung pun hado.Tapi takdelah menu-menu kampung yang macam kat rumah tu.Beriyani daging in the house.Ada juga ayam dan juga kambing.Kami memang ambil daging sebab kami dah order grilled Lamb Shank kat sini.Tu yang taknak madukan dengan beriani kami tu.
Daging kemain lembut, disajikan pulak dengan sos, kentang putar tu memang sedap.Jadi ini pun korang kena cuba.Bawak geng makan-makan supaya korang boleh rasa banyak lagi menu disini.
Yang ni merupakan starter menu yang ada disini.Mozarella Cheese Stick makan panas-panas memang mengancam cheese nya keluar.
Air minuman macam biasalah, kami akan order yang hot seller kat sini.Jadi minuman yang kami order ialah
- Chocolate Milk Shake
- Blue Ocean Mojito
- Pomegranate Mojito
- Oolong Lychee Mocktail
- Bradley’s Leaf Tea
And kalau korang nak order coffee pun hado.Last but not least sebelum menamatkan riwayat pemakanan malam tu, kami order hot latte sorang satu.Haish kemain ek.
Hah, terliur ke tidak tengok menu-menu yang umi dah share kat atas tu.Meh umi share details tentang Yew’s Cafe & Bistro ni.
Facebook | Instagram | Website
Full menu here: https://shorturl.at/ltH68
Dibuka dari jam 12.00 tengahari sehingga 10.30 malam