Dinasour Kingdom Puteri Harbour

Dinasour Kingdom Puteri Harbour | Kepada ibu bapa yang tak tau nak bawa anak-anak ke mana di musim persekolahan nanti, mungkin tempat ini sesuai dengan mereka.
Dinasour Kingdom Puteri Harbour
Dinasour Kingdom telah dibuka pada 18 november 2018 dan akan berakhir pada 1 Januari 2019 ini pasti membawa kenangan yang paling bermakna bagi anak-anak korang.Aktiviti yang menarik di sini sememangnya sesuai untuk hiburan seisi keluarga dan menjadi salah satu tempat yang wajib datang untuk mereka.
Dinasour Kingdom Puteri Harbour
credit pic : herneenazir.com
Taman tema yang berkonsepkan haiwan  yang pernah satu ketika dahulu menjadi ketakutan ramai, kini di wujudkan semula oleh Themparktu bagi memberi peluang merasai pengalaman melihat kehidupan haiwan lama ini iaitu Dinasour.Di sini juga korang berpeluang untuk melihat pertunjukkan secara live dinasour, aktiviti interaktif dan pelbagai jenis aktiviti yang berkaitan dengan haiwan ini.
Dinasour Kingdom Puteri Harbour
credit pic : herneenazir.com
Di sini juga terdapat 25 Animatronic Dinasour iaitu patung dinasour gergasi yang bergerak sendiri mampu menambahkan lagi keseronokkan pengunjung yang hadir.Mereka juga boleh menyaksikan tayangan mengenai pengembaraan dinasour yang dipancarkan dari panggung 5D.Boleh tengok aktiviti yang menarik di bawah ini ya.

Aktiviti Menarik di Dinasour Kingdom Puteri Harbour 

Sempena musim cuti persekolahan ini, korang boleh bawa anak-anak korang mengisi masa lapang  mereka dengan aktiviti menarik di sini antaranya :
  • Baby Dinasour Trail
  • Dirt Kart Challenge
  • Dino Riders
  • Dinasour Battleground
  • Dinasour Wildpark Live Show
  • Education Hub
  • Fossil Dive
  • Ice Fossil
  • Inflatable Dinasour Island
  • 5D Cinema
  • Raptor’s Maze
  • Pterosaur’s Nest
  • Triceratops train
  • Racing Dinasours
  • Space Invasion

HARGA TIKET DINASOUR KINGDOM PUTERI HABOUR

  • Pemegang MyKad                            -RM30(2 Token)
  • Pemegang MyKid                             -RM20(1 Token)
  • Pemegang Mykad(Warga Emas)  -RM20 dengan sebotol air
  • Pemegang passport                         -RM20(2 Token)
  • Pemegang Mykad/MyKid              -All Access Passes RM68(4 Token)**
  • Pemegang Passport                         -All access Passes RM98(4 Token)**

Bertanda ** Tidak termasuk Carnival Games dan layak untuk1 Ice Fossil sahaja

Setiap pembelian tiket akan dapat free token dan boleh topup token.1 token bernilai RM3.Dan jika beli 10 token, akan dapat free 1 token

Di mana nak dapatkan tiket dinasour kingdom ni,korang boleh dapatkan secara online atau terus walk in ke sana ye.
Beli Tiket ONLINE :
https://themepaktu.com/buy-tickets/
Facebook:
Instagram:
www.instagram.com/themepaktu
Lokasi Taman Tema:
Puteri Harbour, Iskandar Puteri
Waktu Operasi Taman Tema:
18th NOV – 1st JAN 2019
Di tutup setiap hari ISNIN kecuali 31 Dec 2018
Sebarang pertanyaan email kepada:
info@themepaktu.com
Hubungi:
+603-8958 2772

MAPS KE DINASOUR KINGDOM PUTERI HABOUR JOHOR

Loading

7 Comments

  1. menarik sangat ni… bolehlah bawa sofea ke sini nanti… terima kasih ya…

  2. Aku tak sabar nak pergi hahahaha..
    Dapat 2 tiket Ain bagi, hadiah harijadi katanya hahahaha…sekali gan tiket circus hehehe..

    Jom le kita…

  3. Author

    jom pi ramai-ramai kak mia

  4. Author

    wah..best ni..aku tengah fikir gak nak bawak budak² ni pergi

  5. Author

    tulah..ramai yang kata best bila ke sana..

  6. anak macam tak suka dinosour. macam takut pon ada. tak bawak la jadinya. tapi tak tau la kan kalau dah tengok depan mata, diorang jadi suka ke,.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *