Eskayvie Diffenz Ikhtiar Bebaskan Diri Daripada Nebulizer Dan Kekal Cergas

Eskayvie Diffenz, Ikhtiar Bebaskan Diri Daripada Nebulizer Dan Kekal Cergas | Ada tak di kalangan pembaca blog umi ni yang menghidap penyakit asma?

Kita semua sedia maklum bahawa penyakit jantung, diabetes, darah tinggi, kanser dan seumpamanya merupakan penyakit yang berbahaya sehingga boleh membawa maut. Tetapi jarang kita mendengar penyakit asma disenarai pendek masyarakat umum sebagai penyakit berbahaya. Penyakit asma selalunya dipandang remeh oleh ramai masyarakat kerana mereka menganggap penyakit itu tidak berbahaya.

Begitu juga dengan persepsi sesetengah majikan. Jika pekerjanya mengambil cuti sakit dengan alasan asma, semput atau lelah, kemungkinan mereka akan dipersoalkan atau paling tidak pun dijadikan bahan senda gurau hingga mengguris perasaan.

DERITA PENYAKIT ASMA

 

Asma adalah penyakit yang kerap ditemui dalam kalangan orang sekeliling kita. Walaupun dari sudut fizikal pesakit nampak normal, asma sebenarnya membawa derita tidak berkesudahan kepada penghidapnya. Hanya orang yang menghidap penyakit asma ni sahaja yang tahu deritanya asma. Hakikatnya, penghidap penyakit asma berisiko menemui maut jika penyakit ini tidak dikawal dan tidak mendapatkan rawatan sewajarnya.

Di Malaysia, kira-kira dua juta rakyat menghidap penyakit itu dengan 90 peratus daripada mereka diklasifikasikan sebagai kes tidak terkawal dan berisiko tinggi mengalami tahap kesihatan buruk serta jangka hayat pendek. Malah, Malaysia juga merekodkan kes maut akibat komplikasi asma sekitar empat angka saban tahun dengan 1,700 kes dicatatkan pada 2014.

Umi ada kawan pejabat yang menghidap penyakit asma ni dan dia menderita dengan asma sejak daripada kecil lagi. Dia terpaksa bergantung pada inhaler dan hampir setiap bulan perlu berulang alik ke hospital untuk mendapatkan nebulizer. Kawan umi ni jenis mudah semput kalau buat kerja. Kalau buat kerja lebih daripada yang dia mampu, mulalah semput dan sesak nafas. Inhaler tu memang wajib ada dalam beg dia.

Pernah sekali, dia tertinggal inhaler dalam kereta ketika pergi makan waktu rehat dan time tu pula dia diserang asma. Memang kelam kabut umi dan kawan-kawan lain waktu tu sebab tak tahu nak buat apa. Nasib baik kereta tak parking jauh dan ada kawan yang bertindak pantas pergi dapatkan inhaler kawan diserang asma ni. Kalau tak, tak tahu la apa nasib kawan umi ni. Sejak dari waktu tu, kalau pergi keluar rehat umi dan kawan-kawan lain sentiasa akan pastikan kawan tu bawa inhaler dia.

KENALI PENYAKIT ASMA

Penyakit asma adalah penyakit yang disebabkan oleh keradangan di bahagian saluran pernafasan iaitu saluran udara yang membawa udara masuk dan keluar daripada paru-paru. Saluran pernafasan pengidap asma akan menjadi sempit secara tiba-tiba seterusnya menyukarkan seseorang itu bernafas. Ia menyebabkan kekejangan dada dan sesak nafas yang dikenali sebagai ‘serangan atau episod asma’. Penyempitan saluran pernafasan mungkin disebabkan alahan terhadap bahan-bahan tertentu. Kebiasaannya mereka yang mengidap asma mula mengidapnya sejak zaman kanak-kanak lagi. Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan rapi.

Penyakit asma ni ada jenis-jenis iaitu:-

1.Asma Alahan

Asma jenis ini dikenali sebagai Asma Ektrinsik (luaran) atau Atopik. Ia berlaku apabila mengidap menyedut bahan-bahan yang kebiasaannya tidak merbahaya pada individu yang sihat. Hanya mereka yang alah atau alergik pada bahan tersebut sahaja akan mendapat asma jenis ini. Antara contohnya debunga, spora kulat, hama, bulu kucing dan juga alergi pada bahan makanan. Asma jenis ini kebiasaannya akan disertai dengan gangguan lain seperti Dermatitis, Urtikaria dan Rinitis. Asma jenis ini dihidapi seawal kanak-kanak lagi

2.Asma Bukan Alahan

Asma bukan alahan turut dikenali sebagai Asma Intrinsik (dalaman). Kebiasaannya wanita paling mudah mengalami asma jenis ini berbanding lelaki. Cuaca sejuk, asap rokok, bau cat atau gasolin, infeksi atau jangkitan dan tekanan psikologi adalah antara faktor yang boleh mencetus dan memburukkan lagi asma jenis ini. Serangan asma boleh berlaku dalam bentuk yang ringan sehinggalah menjadi kronik dan ia mampu berulang daripada beberapa minit hingga ke beberapa hari.

Bagaimana Asma Boleh Menyerang?

Penyakit asma merupakan suatu proses peradangan kronik yang melibatkan dinding saluran respiratori atau pernafasan. Keadaan ini akan mengakibatkan aliran udara menjadi terbatas serta mengganggu saluran pernafasan. Kesannya, berlakulah penyempitan di bahagian saluran pernafasan sebagai satu tindak balas terhadap pelbagai jenis rangsangan.

Inflamasi tiub di dalam saluran pernafasan mudah mengalami iritasi, keradangan serta kelihatan kemerah-merahan. Seterusnya, lendir pekat akan terhasil. Keadaan ini akan menyebabkan penyumbatan di bahagian saluran pernafasan. Pengidap yang terkena serangan ini akan mulai batuk apabila ia cuba untuk mengosongkan saluran pernafasan yang tersumbat. Apabila inflamasi sering berlaku serta keadaan semakin serius, tisu daripada saluran pernafasan akan menebal secara kekal. Akibatnya, pengidap akan lebih sukar bernafas.

Otot yang mengelilingi saluran pernafasan berkemungkinan akan menguncup dan ini menambah kesukaran untuk bernafas kerana saluran pernafasan akan menjadi semakin sempit. Keadaan ini dikenali sebagai bronkospasme atau bronkokonstriksi. Pengidap akan terasa ketat di bahagian dada.

Bebaskan Diri Daripada Nebulizer Dan Kekal Cergas Dengan Eskayvie Diffenz.

Diffenz, Ikhtiar Bebaskan Diri Daripada Nebulizer Dan Kekal Cergas

Eskayvie Diffenz diformulasikan oleh Dr Syid Ayob, doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan. Eskayvie Diffenz dihasilkan dengan menggunakan bahan 100% semula jadi. Ia HALAL, selamat, berkesan serta sedap. Dalam Eskayvie Diffenz ni ada bahan yang dikenali sebagai SUPERFOOD seperti Cendawan Susu Harimau dan Buah Camu-Camu yang sangat bagus untuk paru-paru. Ia membantu meningkatkan sistem imun badan, anti kanser dan telah digunakan secara tradisional sejak dari dahulu lagi untuk merawat simptom masalah yang berkaitan dengan masalah pernafasan seperti batuk kronik, alergi sinus dan asma.

1.Cendawan Susu Harimau

Diffenz, Ikhtiar Bebaskan Diri Daripada Nebulizer Dan Kekal Cergas

 

  • Berfungsi meningkatkan kesihatan paru-paru
  • Menguatkan sistem imun dari dalaman
  • Membantu masalah resdung, alahan dan eczema
  • Digunakan secara tradisional untuk merawat simptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batu kronik, allergi sinus dan asma
  • Bersifat anti kanser dan anti tumor

Diffenz, Ikhtiar Bebaskan Diri Daripada Nebulizer Dan Kekal Cergas

2. Buah Camu-Camu

Diffenz, Ikhtiar Bebaskan Diri Daripada Nebulizer Dan Kekal Cergas

Merupakan khazanah hutan tropika Amazon yang mempunyai kandungan Vitamin C mudah serap. Ia mempunyai 30-60 x Vitamin C iaitu lebih tinggi daripada buah oren. Buah Camu-Camu kaya dengan sumber antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic dalam menguatkan lagi sistem imun. Ia juga mengandungi mineral seperti zat besi, kuprum, kalsium, potassium dan manganese.

3.Vitamin C

Meningkatkan tindak balas sistem imun dan mengurangkan komplikasi serius yang disebabkan oleh virus SARS-CoV-2. Banyak kajian menyokong bahawa dos Vitamin C yang tinggi dapat membantu meningkatkan sistem imun badan.

4.Vitamin D

Diffenz Ikhtiar Bebaskan Diri Daripada Nebulizer Dan Kekal Cergas

Penting untuk tulang, gigi dan otot. Ia juga membantu mengawal gula dalam darah, menyokong kesihatan saluran darah, paru-paru dan saluran pernafasan serta menguatkan sistem pertahanan badan dan organ-organ badan seperti paru-paru dan saluran pernafasan.

Kelebihan Eskayvie Diffenz

  • Mengatasi masalah resdung, alahan, asma, ekzema
  • Menguatkan & melindungi paru-paru
  • Meningkatkan sistem imun badan
  • Melegakan batuk, selsema, radang paru-paru
  • Memberi tenaga
Diffenz Ikhtiar Bebaskan Diri Daripada Nebulizer Dan Kekal Cergas
 

Cara Pemakanan

cara pemakanan diffenz

1. Eskayvie Diffenz adalah tablet boleh kunyah yang lazat dan sesuai diambil tanpa air.

2. Kanak-kanak berumur 5-7 tahun disyorkan untuk mengambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.

3. Untuk dewasa berumur 18 tahun ke atas, ambil 1 ke 2 tablet sehari, disyorkan selepas makan.

 Feedback Mengenai Masalah Paru-Paru/ Asma

Di bawah umi kongsikan antara feedback mereka yang mengalami penyakit asma dan perubahan yang mereka alami selepas amalkan Eskayvie Diffenz.

Diffenz Ikhtiar Bebaskan Diri Daripada Nebulizer Dan Kekal Cergas

5 tahun menderita kerana terpaksa bergantung dengan inhaler dan nebulizer. Tak boleh salah makan dan tak boleh buat kerja banyak. Malam pun susah nak tidur. Tapi lepas amalkan Eskayvie Diffenz secara konsisten, kini beliau dah 2 bulan tak perlu bergantung kepada inhaler dan Nebulizer.

Sejak amalkan Eskayvie Diffenz, beliau dah tak ambil ubat hospital. Kalau ambil pun, hanya steroid accuhaler dan itu pun jika betul-betul memerlukan sahaja. Sebelum ni 2x sehari wajib ambil ubat asma. Tapi sekarang ni, hanya ambil jika perlu sahaja.

 

 

Jom kita tonton video perkongsian dari Pn Leen. Beliau menghidap penyakit asma sejak kecil dan bergantung inhaler setiap masa.

Pentingnya Pengambilan Eskayvie Diffenz Sebagai Amalan Harian

Umi mula diperkenalkan dengan Eskayvie Diffenz pada Februari yang lepas. Time tu Umi buat posting mengenai Eskayvie Diffenz Junior, suplemen tambahan untuk tingkatkan sistem imun badan kanak-kanak. Setelah tahu manfaat Eskayvie Diffenz ni yang berfungsi untuk mengatasi masalah alahan, asma, ekzema dan tingkatkan sistem imun badan terus umi cadangkan kepada kawan umi yang menghidap asma tu. Alhamdulillah sekarang ni asma kawan umi tu dah semakin terkawal dan tak perlu bergantung kepada Nebulizer setiap bulan lagi. Umi harap dia sembuh sepenuhnya dari asma.

Selain dari asma, banyak lagi manfaat Eskayvie Diffenz ni. Antaranya adalah untuk tingkatkan sistem imun badan bagi melawan penyakit seperti demam, batuk dan selesema. Eskayvie Diffenz juga berfungsi mengatasi masalah resdung, ekzema, masalah paru-paru akibat covid-19 dan banyak lagi. Sesuai dengan waktu sekarang ni, di mana kita sangat mudah terdedah dengan pelbagai jenis penyakit berjangkit. Kita perlukan perlindungan tambahan daripada Eskayvie Diffenz untuk elakkan daripada dijangkiti penyakit serta serangan virus.

Sekiranya korang nak tahu cara bagaimana nak dapatkan Eskayvie Diffenz ni, korang boleh layari laman web dan media sosial Eskayvie dibawah.

Website: www.eskayvie.com
Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/
Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq

#KitaIkhtiar #EskayvieDiffenz

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *