Diet Untuk si Diabetes

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Kira depression teruk bila mana taknak ambil tau dah pasal blog.Ada angan-angan nak tutup je blog ni walaupun tak tau sebab musababnya.

Especially dari segi kesihatan aku sendiri sekarang ni.Oh..itu aku taknak komen lebih..Malas nak ambil tahu walau diri rasa tak selesa dengan diri sendiri.

Hari tu,memang terdetik untuk check kesihatan dari segi penyakit yang singgah dalam badan aku ni.Yelah,risau jugak semakin bertambah usia ni,semakin banyak pulak penyakit timbul kan.Sebab tu aku nak lah check samada ada ke kencing manis singgah,darah tinggi,kolestrol semua tu.

Hari sabtu hari tu,aku ke Farmasi Red Cap sebab mereka ada sediakan perkhidmatan untuk tu semua.

So,dari malamnya aku dah start puasa.Pepagi lagi dalam pukul 10 pagi aku dah terpacak kat Red Cap untuk buat pemeriksaan ni.

Diet Untuk si Diabetes

Sebelum ambil darah tu,dia ambil high blood pressure dulu.Nampaknya ok je.

So,second dia ambil pula darah untuk check diabetes..Weh…terperanjat sebab dia kata border.. 7.5 tau..Uih..nampak tak kenapa kita kena check semua tu.Aku nak check kolestrol tapi memandangkan barang yang diperlukan takde,so tak dapatlah aku nak check kan.

Diet Untuk si Diabetes

Bila dah tau aku ada sikit kencing manis,hati dah mula risau.Mula lah fikirkan bukan-bukan.Patutlah badan rasa lain macam je.Kerap je kencing malam..Memang aku pun ada terbaca simptom penyakit kencing manis ni.

Tapi aku tak sure samada accurate ke tak bacaan tu.Nanti aku akan check lagi sekali sebelum aku ke Hospital untuk rawatan dan maklumat lanjut

So what to do?Haruslah jaga kesihatan dari sekarang.Kena jaga pemakanan.Kena control gula dan garam dalam makanan dan minuman.

And dapat juga aku carta  untuk dietry pesakit  kencing manis.Cegah sebelum parah kan.

Aku ada senaraikan menu pesakit kencing manis di bawah ni.Setakat ni aku dah cut air manis dalam life aku..Buat setakat ni jelah..Hahaha..tapi tak taulah kalau tergoda pulak..

MENU DIET PESAKIT KENCING MANIS

Diet Untuk si Diabetes
Diet Untuk si Diabetes
Boleh ke tak aku buat ni wallahualam.Setakat ni aku dah kurangkan makan nasi.Banyak rasa dah kurangkan.Aku lebihkan pengambilan buah..Hari-hari aku makan Epal Hijau.Sebab orang kata Epal hijau ni bagus untuk mereka yang nak kurangkan kencing manis.
Moga Allah sentiasa memberikan aku kesihatan yang baik untuk anak-anak aku.

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Loading

14 Comments

  1. Saya pengidap diabetes … 🙂 makan ubat hari2 .. checking gula dalam darah, saya guna alat sendiri kat rumah, beli online je kat Lazada.

  2. Alhamdulillah kolesterol kita dah turun. Kencing manis pulak 6.2 ish ish..susahla nak plan diet untuk diabetes ni. Asyik nak makan sedap je…

  3. kami ni pregnant bacaan pg 6 pon jenuh kena diet. tp bacaan tghari smpai mlm klau mkn pon xde la tggi mcm bacaan pg

  4. sebelum kena guna insulin ada baiknya cegah…kat rumah pun ada alat cek gula dalam darah nih…

  5. hah..tulah…kita pun kekadang failed bab diet ni…cuma sekarang ni kurangkan air manis,nasi dan juga garam…hehehe…kekadang ada cheat day jugak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *