DIDIK ANAK UNTUK MEMBACA YANG PENTING DIA GEMBIRA

Didik anak untuk membaca | Umi selalu impikan bila anak aku besar,dia dah pandai untuk berbahasa Inggeris.

Walaupun umi ni bukanlah jenis orang yang pandai speaking,tapi setakat dua tiga patah perkataan tu boleh la..Kadang-kadang nak balas apa omputih cakap,memang umi tak pandai, walaupun umi tau apa yang dia cakapkannya.Nak didik anak membaca seawal 3 tahun ni memerlukan kesabaran yang tinggi jugak.Nak didik anak untuk membaca yang penting dia gembira.

 

Tapi sebagai mak, umi memang nak anak umi pandai bahasa tu.Mungkin sebab bila umi rasakan,bahasa kedua tu penting bila mereka belajar di sekolah dan juga bila mereka dah bekerja lagi.So,umi taknak anak²  umi susah bila besar nak cari pekerjaan.Kita nak bagi yang terbaik pada anak ni,bukan sekadar hantar dia ke sekolah, pusat tuisyen dan sebagainya.Kita pun kena mulakan dulu di rumah.

[ Baca juga : 5 Syarat Nak Ajak 5 tahun Membaca ]

Umi ni bukanlah ibu yang bajet bagus atau berlagak bagus.Nak share apa yang umi buat kat orang.Umi menulis kerana untuk memberi semangat kat diri sendiri bila semangat tu hilang.Sebab tu,walau bahasa inggeris umi tunggang langgang pun,umi tetap usaha untuk bercakap kat Naura bahasa inggeris.Bukanlah setiap masa,ada ketika dengan ayat-ayat yang pendek,umi cuba untuk bercakap dengan dia.Dan, bukan tu sahaja, Setiap kali dia tengok kartun, umi tak pernah ubah dalam bahasa melayu.Umi akan tukar bahasa kepada bahasa inggeris.Biar dia terbiasa dengan bahasa tu.Kebanyakkan games pun, umi akan download games untuk belajar.Adalah satu dua games yang lain. Takkan sentiasa kita nak suruh dia belajar kan.Nanti dia cepat bosan.

 

Naura dan gadget memang tak boleh dipisahkan,entah mungkin dulu umi selalu ajar dia tengok youtube kot.tu yang dia suka sangat tengok handphone.Menyesal oi bila kenalkan dia dengan gadget.Tapi umi sentiasa perhatikan dia.Bercakap sekali dengan dia walaupun dia kata umi kacau dia atau umi bising..Itu seriously memang kena hamuk dek dia..Bila dah lama sangat rasa dia pegang handphone, umi pujuk dia pulak untuk buat kerja lain.Kalau depan dia, memang umi dan husband, tak boleh nak pegang handphone.Nanti mulalah dia mengendeng nakkan handphone tu.

 

Anak sorang tu jelah, sebab tu umi nak dia berjaya.Dialah harapan umi untuk tengok dia cemerlang dalam hidup dia.Sebab tu umi rasa umi tak boleh nak sia-siakan dia dari kecil.Banyak tau ilmu parenting yang umi baca.Kadang umi ikut untuk berikan pada dia.Macam dulu, umi buatkan mini library, lekatkan abc,123 kat dinding.

[ Baca Juga : Deko Bilik Belajar dan bermain Naura Auni

Buat aktiviti homeschooling dengan dia. Kadang-kadang bacakan buku untuk dia walau masa tu umi seriously bosan oiittt.. Tapi nak tengok anak pandai, layankan jugak.Banyak  beli buku-buku bila masuk DIY dan Kedai Eco.Tak perlu nak berbelanja mahal-mahal beli buku ni.Beli yang murah je.Pensel warna, buku melukis. semua  beli yang murah-murah.

Nak didik anak membaca buku dari awal ni, banyak memerlukan psikologi anak-anak.Ajar lama sikit tak boleh,paling lama pun 5 minit je. Tapi umi ada terbaca waktu untuk mengajar mereka membaca within 5-7 minits tapi kerap.

Antara buku yang aku beli kat Mr DIY

 

 

Sebolehnya umi akan beli buku yang banyak warna macam ni.Sebab budak-budak kan teruja bila nampak yang warna warni ni.Alhamdulillah, setakat ni, dia dah kenal warna, dah hafal abc dan 123  bahasa melayu dan inggeris.Ada jugak perkataan bahasa inggeris yang dia dah tau.Walaupun umi rasa ada lagi kanak-kanak dan kenal huruf masa umur 3 tahun, tapi takpe..pelan-pelan kayuh kan.

Kalau bab mewarna tu pun, kadang datang mood dia oklah.Kalau tak, habislah dia baling-baling je pensel warna tu.Lagi best, part yang paling dia suka conteng adalah di dinding.Walau ko dah tampal kertas putih dekat dinding pun, dia tetap akan cari dinding jugak.

Kalau ada budget lebih sikit umi beli buku-buku ccerita pendek Mommyhappy.Contohnya buku All about Dinasour ni.Sekarang ni walau baca merangkak lagi, lama-lama ok lah kan.Kena sentiasa membaca barulah pandai.Umur dia 6 tahun dah boleh membaca.Lambat la sikit kan?

Buku ni cerita pasal 6 jenis dinasour.Dalam satu set ni ada 6 buku.Umi memang suka beli buku-buku cerita pendek macam ni.

Bukan buku ni je dia ada, banyak lagi la buku-buku cerita yang best-best untuk anak-anak baca.Nak dapatkan buku ni korang boleh je inform umi.Nanti kita deal ek..

Atau korang nak cuci mata tengok buku-buku dan mainan boleh tengok kat website Mommyhappy

Moga umi istiqomah ler nak mengajo anak sorang ni.Anak sorang ni ler kadang-kadang nak mengajarnya lebih mencabar sebab salah satu darinya cepat cengeng,demand dan ada lain-lain perkara yang membuatkan umi dia tak menjadi orang yang penyabar..wallahualam.

terima kasih kerana membaca didik anak untuk membaca yang penting dia gembira.

 

 

2 thoughts on “DIDIK ANAK UNTUK MEMBACA YANG PENTING DIA GEMBIRA

  1. betul tu kak..bukan setakat anak, kita yang dah dewasa macam ni pun rasa menyesal sebab masa muda2 dulu tak belajar banyak bahasa..ambil iktibar dari tu, kalau ada anak nanti saya pun nak buat macam akak..go go naura!!

  2. Sangat betul. Gadjet ni melalaikan. Tak anak tak kita juga.
    Zaman Sis membesar anak, takde semua ni, jadi Sis terapkan bacaan pada anak, alhamdulilah tiga-tiga anak Sis suka membaca sampai skrg. Cuma sekarang dah tua bangka, memasing dah sibuk le gan gadjetnya..termasuk emaknya hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *