Assalamualaikum
Detox Badan dengan Vitamin C Raissa | Ada sesetengah orang tak tahu apa sebenarnya detox dalam diri seseorang tu.Betapa perlunya kita membuat detox ni untuk jadikan diri kita sihat.
APA ITU DETOX
Detox adalah proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia.Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati,usus dan ginjal.Bila kita berpuasa,badan akan melakukan proses detox semulajadi.Detox ini dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih dan segar.Detox juga memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.
10 SEBAB PERLU DETOX
1.KELUARKAN TOKSIN
Kehidupan kita zaman kini banyak terdedah kepada toksin seperti bahan kimia,pengawet dalam makanan dan pencemaran air serta udara.Toksin ini tersimpan di dalam tisu-tisu badan dan setiap sel,termasuklah sel otak.Toksin juga punca kulit jadi kusam dan tidak bermaya serta berjerawat.
2.MENGELAKKAN PENYAKIT KRONIK
Toksin dan pencemaran merupakan punca utama berlakunya pelbagai penyakit kronik seperti kanser,masalah otak,jantung ,strok dan sebagainya.Setiap hari kita terdedah kepada pelbagai jenis toksin dan ia menyebabkan berlakunya kerosakkan dan perubahan pada proses pembahagian sel.Detoksifikasi membantu melancarkan semula sisstem badan untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan mencegah penyakit.
3. MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI
Semakin banyak pencemaran dan toksin dalam badan, sistem imun kita akan semakin lemah. Detoks secara kerap dapat memperbaiki semula tahap kekuatan sistem imun dan mengawal jangkitan.
4. MENGURANGKAN BERAT BADAN
Toksin menyebabkan keupayaan untuk badan membakar lemak semakin berkurangan. Ini seterusnya akan menyebabkan berat badan mudah bertambah dan mula mengundang berbagai penyakit seperti diabetes, masalah jantung dan darah tinggi. Detoksifikasi membantu mengurangkan toksin dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh badan.
5. MELAMBATKAN PROSES PENUAAN
Detoksifikasi akan menghalang radikal bebas dan berbagai logam dan toksin dari merosakkan sel-sel tubuh. Ia juga meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk menyerap nutrien, antioksida dan vitamin yang dapat membantu melawan oksidasi pada sel.
6.MENINGKATKAN KUALITI HIDUP
Tubuh kita semakin hari semakin stress dan rosak akibat pelbagai jenis toksin dan pencemaran sekeliling.Ianya terbukti apabila kita mula sakit-sakit sendi,sakit kepala ,masalah penghadaman,sukar tidur malam dan keletihan.Detokfisikasi akan membantu untuk mengurangkan tekanan pada tubuh dan juga menguatkan kembali memori kita.
7. TINGKATKAN TENAGA
Detoksifikasi akan meningkatkan semula tahap tenaga kerana pencemaran dan logam yang meingkatkan stress tubuh semakin berkurangan. Kita akan berasa lebih semangat secara mental, fizikal dan mampu mengawal emosi dengan baik. Masalah tidur juga semakin berkurangan serta tidak perlukan tidur yang lama untukl kembali bertenaga..
8. MEMBAIKI TAHAP KESIHATAN KULIT
Pemakanan dan keadaan persekitaran merupakan faktor penting dalam menjaga kesihatan kulit dari dalam. Detoksifikasi akan membantu menyerikan kulit, mengurangkan masalah jerawat di samping menguatkan kuku dan rambut.
9. MENYIHATKAN MINDA DAN EMOSI
Apabila sistem tubuh badan berjalan dengan lancar, perubahan emosi dan mental akan bertambah baik. Kita dapat menjalankan tugas dengan lebih waras, mudah berbincang dan dapat mengawal perasaan dengan baik serta mampu menganalisa sesuatu dengan tangkas.
10. BETULKAN SISTEM TUBUH
Sistem pencernaan, saraf dan hormon saling berkaitan dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh. Namun, apabila toksin menganggu sistem tersebut, badan kita tidak dapat melakukan tugasan dengan sempurna dan seimbang. Ini menyebabkan badan mudah sakit dan terkena jangkitan. Detoksifikasi akan membetulkan semula sistem badan kita agar dapat menjalankan fungsi dengan sempurna semula.
So,sebab tu kita kena cari sesuatu untuk buang segala toksin dalam badan.Kalau korang nak tahu,Vitamin C Blackcurrant dari Produk Raissa ni sangat membantu dalam membantu kita untuk detox semua bahan-bahan yang tidak baik di dalam tubuh kita.
KELEBIHAN VITAMIN C BLACKCURRANT
Boleh cuba ni..jeragat makin banyak plak
waaah.. elok ni buat detox toxin dalam badan =)