Assalamualaikum
Hai korang☺☺Naura demam lagi.Naura ni memang jenis senang sangat kena demam,nak kata antibodi tak kuat,mungkin lah kot.
Masa sebelum aku pergi appointment kat Hospital lagi dia dah demam.Malam sebelum esoknya ke Hospital,aku dah bawak dia pergi jumpa doktor.Biar pun ada ubat lagi kat rumah,aku memang akan bawa dia ke klinik kalau demam dia tak kebah tau.Jenis Naura ni suka demam malam.Kalau malam,badan dia memang akan meningkat.Sebab tu bila dia dah demam,umi dia tak boleh nak tidur malam.
Kali ni,demam dia diikuti dengan ruam tau.Masa nampak biji-biji merah kat badan dia tu,aku ingat dia nak kena chicken pox ke ape kan,Tapi takdelah besar-besar macam kakak dulu kena.Aku pernah up entry pasal kakak fiyah kena Chicken pox di SINI .Tapi kakak bukan sekali tau kena,dua kali dia kena,hah,kot korang nak baca entry pasal tu,Klik je kat SINI. Tapi masa kakak kena teruk jugak tau,besar-besar biji dia tu.Meletus-letus air dari biji merah tu.
Hah..si Naura ni belum kena pulak.Tak taulah nanti tu macam mana.Tapi demam kali ni,seperti yang aku cakaplah kan,ada ruam-ruam merah.Tanya kat doktor apa yang merah-merah tu,chicken pox ke? Dia kata jauh sangat chicken pox.Aku tak ingat apa yang dia cakap,tapi aku ada lah menggoogle tentang ruam merah ni.
Aku ada goole,ada maklumat ni kata nama demam ruam ni dikenali sebagai Roseola infantum.Dari pembacaan aku,Roseola ini adalah penyakit virus yang agak ringan yang biasanya menyerang bayi berumur antara 6 hingga 3 tahun.Ia bermula dari demam yang agak tinggi selama tiga hingga lima hari dan diikuti dengan ruam ni.
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
semoga naurah cepat sembuh..saya jarang sapu krim macam tu..biasa sapu vco je..
JanjiKita
smoga cepat smbuh Naura sayang. <3
siannya la hai..get well soon naura..
Semoga Naura cepat sembuh.Aaminnn
semoga cepat sembuh dari demam.