Deko Mini Garden dengan Artificial Grass Kedai Eco | Lama dah niat hati ni nak ada mini garden dekat tepi rumah.Walaupun tak segah mana, at least nak ada jugak mini garden.
Akhirnya setelah sikit-sikit umi usahakan,alhamdulillah jadi jugak 90% my mini garden ni.Menjadi jugak idea deco mini garden.
Ni pun tengah wishlist beberapa benda untuk lengkapkan mini garden umi.
WISHLIST BARANG MINI GARDEN YANG BELUM LENGKAP
Eceh siap buat list lagi.Kemain umi nko ek.So far umi puas hatilah sangat sebab majoriti duit yang umi laburkan dalam mini garden ni hasil duit umi berblog.
So, antara wishlist yang umi belum dapat lagi untuk mini garden umi ni adalah :-
- Solar lamp garden – Ada macam-macam jenis dok fikir ni, nak yang tergantung ke macam mana tu umi belum ada idea lagi.
- Wall fan
- Meja Lacko Ikea – sekarang ni umi letak meja belajar bebudak ni
Meja belajar tu umi dah tak letakkan kat dalam sebab sempit.Sekarang ni kalau diorang nak belajar umi guna meja belajar plastik tu.Mudah nak simpan dan jimat ruang.Dulu pun umi beli dekat Motherhood sebab ada sales.Lama dah meja tu.
So, buat masa ni itu jelah wishlist yang ada dalam kepala otak umi ni.
Oklah jom cerita pulak pasal mini garden ni.Pokok-pokok bunga tu banyak yang umi beli dan umi ambil dari rumah nenek.Lama dah terkumpul.Macam tu jugak dengan pasu bunga.Ada yang baru dan ada yang lama.Umi hanya pilih pokok bunga hiasan depan rumah yang sesuai je.Umi tak suka yang berbunga.Actually bukanlah tak suka, cuma nak jaga pokok yang berbunga ni macam rumit sikit.
Umi tambah satu rak Lerberg dari Ikea.Beli masa sales jugak tu.Tapi tulah, bila dah sales, memang takkan adalah warna pilihan yang umi nak iaitu warna putih.Tapi memandangkan risau duit tu habis, jadi umi beli je warna kuning.Oklah kan..Cantik juga warna kuning tu.
Kalau korang tengok ada rak pendek tu sebenarnya itu adalah rak kasut kayu yang dah tak umi gunakan.Jadi umi letaklah pokok bunga tu hah.Asal boleh jelah umi untuk budget deko taman mini tu.
Ni semua sebab umi terikut sangat entry Trend Mini Garden di Balkoni rumah yang umi pernah tulis dulu.Umi ada senaraikan juga tips untuk set up mini garden di entry tu.
Dari situlah semangat umi nak buat mini garden tu berkobar-kobar.Dan disebabbkan budget tu tak berapa nak ada, jadi lamalah jugak umi nak membina mini garden di rumah ni.
Kalau masuk Shopee tu selalu sangat mencari artificial grass untuk umi letak kat mini garden umi.Letak add to cart dah banyak kali tapi check out tak pernah lagi.Itu semua sebab menunggu budget la.Walaupun orang kata murah, tapi bagi umi yang nak guna banyak jugak artificial grass tu, jadi berkira-kira jugaklah untuk membeli ye dak.Jadi terhasillah idea nak Deko Mini Garden dengan Artificial Grass Kedai Eco je.Sebab murah.
Takpe, usaha tangga kejayaan.Kumpul sikit demi sedikit.Insyallah menjadi jugak.
Satu hari tu umi jalan-jalan di Kedai Eco Jusco Dato Onn, kebetulan nampak artifical grass tu rm2.10 sekeping.Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang ler jawabnya.Jadi umi beli 15 keping rumput karpet tu.
Nilah rumput kedai eco yang umi beli tu.So far umi suka dengan rumput ni.Nipis dia pun oklah..nampak cantik kan.
Nak dijadikan cerita, lepas dah lekat semua rumput karpet tu, tak mencukupi pulak.Bila cari balik dah habis kat eco tu, umi cari eco shopee.
Nasib baik ada.So, umi order lagi 15 keping lagi rumput tu.Jadilah besar yang umi nak.Kalau boleh nak besar lagi, tapi nantilah dulu kan.Cukuplah sekadar keluasannya tu.
Kalau ikutkan rumput yang umi beli kat kedai eco ni takdelah tebal mana pun, banyak jenis sebenarnya tapi umi suka sebab walaupun nipis tapi nampak kemas.
Umi letak gam kat bawah karpet tu barulah tampal supaya dia tak bergerak-gerak.Kang jahanam dikerjakan dek budak berdua tu.
Nasib baik eco shopee ada stock banyak.Kalau tak, lambet ler umi nak siapkan mini garden ni.
Setelah bertungkus lumus menyiapkan, menampal maka selesailah rumput umi tu hah.Takdelah nampak kemas sangat sebab nampak berpetak-petak kan?
Tapi bolehla buat pandang-pandang kehijauan tu.Umi tambah sikit pagar kecik kat situ untuk tutup ruang bawah tu hah.Pagar kecik ni umi beli kat MR.DIY je.
Barulah boleh letak meja dan kerusi kat tengah-tengah tu.
Pakai meja dan kerusi yang hado jelah dulu.Tempat bebudak ni lepak oklah kan..Kalau siang umi ajak diorang makan or belajar kat sini.Tukar angin sikit.Barulah seronok diorang dengan suasana macam ni..tak boring kan?
Maka siaplah taman mini garden umi yang tak seberapa.Ingat nak tambah kipas dinding tu nanti.Tapi tunggulah umi siap mosaic dulu kat porch kete tu.
Ini pun dah alhamdulillah bagi umi.Dapat ruang bersantai dengan budak-budak ni.
Teringin nak tambah pokok lagi, tapi tengah aim beberapa pokok lagi tu.Itu pun tengah queu wishlist gak.
