RESEPI

Mudahnya buat Cupcake dengan Decadent Chocolate Cake By Passion Food

Mudahnya buat Cupcake dengan Decadent Chocolate Cake By Passion Food

Mudahnya buat Cupcake dengan Decadent Choclate Cake By Passion Food | Hujung minggu hari tu, inilah aktiviti umi dengan anak-anak.Dok bising je umi dah lama tak buat kek.Buat cupcake dengan diorang ni, memerlukan kesabaran yang tinggi.

Bukan leceh apa pun, lecehnya nak menyediakan semua bahan-bahan untuk buat kek.Mana nak mengayak lagi, nak sediakan itu ini, haishhh!! memang rumitlah.Nak-nak kalau buat kerja dengan budak berdua tu.

Tu yang kadang-kadang umi rela buat sorang-sorang dari guna khidmat budak berdua ni.Tapi tulah kan,nak timbulkan minat dan juga sediakan aktiviti hujung minggu ni dengan diorang, jadi kenalah umi usahakan jugak nak buat cupcake.

Nasib baik ada Decadent Chocolate Cake  dari Passsion Food ni.1 box ni dah lengkap untuk buat cupcake tau.Bukan tu je, bahan-bahan yang disediakan dalam 1 box ni memang lengkap dari tepung sampailah bekas cupcake tu hah.Barulah Bake Your Own.

 

1 BOX DECADENT CHOCOLATE CAKE BY PASSION FOOD MENGANDUNGI

  1. Decadent Chocolate cake mix
  2. Cup liners
  3. Choclate frosing

Dan tambahan juga 4 jenis toping yang dah siap 

  1. Crumbs oreo
  2. Toasted almond nuts
  3. Salted Caramel
  4. Lotus Biscuff

Nak buat pun mudah sebab dalam box ni dah ada ditulis step by step macam mana nak guna

 

Tak perlulah nak mengayak tepung dan sebagainya.Ikut je step mudah yang dah diberikan dalam kotak ni.Kita cuma tambahkan 2 biji telur, 110 g vegetable oil dan juga 60g air.

Cara-cara membuat cupcake menggunakan Decadent Chocolate Cake~ Bake By your own.

Langkah 1 – Campurkan tepung campuran dalam plastik step 1. Kemudian masukkan telur, minyak dan juga air.Kacau sebati.

Langkah 2– Selepas adunan sebati, masukkan ke dalam cup yang diberikan.Dalam box tu terdapat 25 cup comel siap untuk diisi.Masukkan separuh dari cup tu.

Langkah 3– Masukkan ke dalam oven dengan suhu 160 selama 20 minit.Umi guna Air Fryer je untuk buat cupcake ni.So, kalau korang ada gadget lain pun boleh try la kan.

Sebelum ni pun umi pernah buat cake menggunakan air fryer ni.So, untuk buat cupcake ni pun umi guna air fryer juga

Budak berdua ni paling excited nak letak topping

Langkah 4– Setelah masak, keluarkan kek dan biarkan sejuk.Kemudian paipkan chocolate di dalam plastik step 3 yang diberikan.Kemudian boleh la letak 4 topping yang diberikan.Buatlah ikut kreativiti korang tu.

Umi layankan je bebudak ni dok letak topping yang diorang suka.Lepas tu korang jugak kan makan.

So, settle letak topping dan sebagainya bolehlah dihidangkan dengan Tea O atau Kopi O.Mudahnya buat Cupcake dengan Decadent Choclate Cake By Passion Food

Mudahnya buat Cupcake dengan Decadent Choclate Cake By Passion Food ni.Umi takdelah terror sangat nak buat cake ni, tapi 1 box decadent chocolate cake ni dah buat umi macam seorang chef..githuu..

Lepas ni bolehla beli lagi sebab keknya pun sedap dan lembut.Selembut hati umi melayan karenah bebudak ni sepanjang buat kek.hahaha.

Korang yang nak juga dapatkan box ni boleh terus buat pembelian menerusi mereka di :

Facebook | Instagram

 

 

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(4) Comments

  1. MEMANG SEDAP SANGAT KEKNYA

  2. comey sangat hasilnya. rasa sayang lak nak makan, hehe

  3. sekarang dh mudah., order je online., hehehe

  4. Senang tak payah susah² nak cari brg sndri..beli je..terus boleh buat kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *