Banyak khasiat daun kunyit selain dari penyedap rasa dalam masakan harian kita, ia juga bagus untuk badan kita.Kalau kita tahu dari awal khasiat daun ni, mesti kita selalu guna kan? Dan kalau dalam masakkan seperti lemak labu tak masuk daun ni, hilang sedap lemak labu tu kan.
Daun kunyit memang kita tak pandang selain dari penyedap rasa dalam masakan, tapi kalau kita tahu akan khasiatnya, mesti kita akan selalu mendapatkan daun ni.Daun kunyit atau nama saintifiknya Cucuma Domestica ni sangat mudah ditanam.
Kalau umi kat rumah ni ada juga menanamnya sepasu .Bukan apa, mudah kalau nak masak di rumah yang menggunakannya.Kalau kat pasaraya, bukan boleh beli sehelai dua.Jadi solution yang terbaik adalah dengan menanamnya sendiri di rumah.
Bukan satu masalah untuk tanamnya di rumah.Di rumah bertingkat pun boleh ditanam kerana ia mudah hidup hanya dalam pasu sahaja.
5 KHASIAT DAUN KUNYIT UNTUK BADAN KITA
Menurunkan Kadar tekanan darah
Untuk mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi, pengambilan daun ini sangat digalakkan kerana kandungan flavonoid di dalamnya mampu menurunkan tekanan darah tinggi.Selain dari itu, flavonoid ni juga boleh didapati di dalam buah epal, ceri, kubis ungu, kangkung, pasli,wain merah dan teh hijau.
Mengatasi Penyakit asid perut
Kunyit dan juga daun kunyit mengandungi curcumin.Kandungan ini dikenali dengan anti radang yang amat berguna untuk melegakan gejala penyakit asid perut.Walau bagaimanapun, kita tak boleh bergantung kepada daun ini sebagai ubat untuk meningkatkan asid perit.
Untuk menangani masalah asid perut ni, perlu jugak kita mengubah gaya hidup dengan mengambil makanan yang sihat dan elak mengambil makanan yang boleh mendatangkan asid perut meningkat.
Mencegah Pembentukan Karies gigi
Daun kunyit juga digunakan sebagai ubat kumur.Dalam kajian ada menunjukkan sifat antibakteria yang terkandung dalam ekstrak daun ini yang menghalang pertumbuhan bakteria Streptococcus di dalam mulut.
Menjaga Kesihatan Jantung.
Ia bukan sahaja berguna untuk menurunkan tekanan darah, kandungan flavonoid didalamnya juga diperlukan untuk menjaga kesihatan jantung.Ia bersifat antioksidan flavonoid yang boleh mengurangkan tahap kolestrol jahat.
Melegakan arthritis
Ia boleh digunakan sebagai ubat semula jadi untuk merawat gejala arthritis.Khasiat ini boleh diperolehi kerana kandungan curcumin dalam daun ini bersifat anti radang, sehingga dapat mengurangkan keradangan pada sendi.
Itulah dia 5 khasiat daun kunyit selain menjadi penyedap dalam masakan.Nampak tak betapa bergunanya daun ni untuk kesihatan kita.
Lepas ni memang kena rajinlah menggunakannya dalam masakkan.