Dating time!

Assalamualaikum
Memang syokkan bila dapat jumpa kawan lama yang memang satu kepala dengan kita.Bila dah berjumpa tu macam tak cukup je masa untuk berbual.Ada je benda yang nak diceritakan.Dari satu topik ke topik yang lain.
Sebenarnya semangat setiakawan tu penting.Mungkin dalam persahabatan tu kadangkala ada yang pernah sakit hati,ambil hati,murah hati..semuanya yang berkaitan dengan hati lah.
Kami 5 sekawan yang kira satu kepala dalam office.Terdiri dari Aku,wani,sida,surya dan juga dayah.Cuma sekarang ni office sunyi dek kerana 2 orang darinya dah pun berhenti.Wani dan surya.yang paling buat suasana jadi kacau bilau bila adanya si wanie tu.Selalu sangatlah memporak perandakan keadaan dimana bila takde dia,rasa sunyi je..hahahaaa..
Sebelum ni pun dah beberapa kali berjumpa dengan dia semenjak dia berhenti..Yelah,dia pun bekerja tak jauh dari tempat aku ni.Cuma surya je yang sambung ambil master kat KL..Wish all the best to her..Lepas habis belajar terus kahwin gaknya…hahahaha..
So,semalam meet up again,especially nak sangat jumpa orang jauh iaitu surya.Dah plan nak berjumpa dekat satu point yang boleh diorang senang nak pergi.Malam tu dapatlah jumpa dengan sida,wanie,surya but hidayah tak dapat nak jumpa sebab dalam pantang.And in group ni,hanya wanie dan surya je belum kahwin.So bila aku bawak si Dak Naura tu,riuhlah keadaan..Itupun nasib baik si Sida tak bawak suami dan anak dia..Kalau tak lagi gamat mcdonalds tu.

Rasa sekejap jelah jumpa diorang ni,maklumlah,berjanji pukul 8.30 malam,tapi tak semua dapat datang awal kan..sudahnya masing-masing balik rumah dalam pukul 11 malam.Itupun sebab si kecik tu dah menguap..kesian pulak dia,Lagipun keesokkan harinya kitorang kerja.
Pada setiap perjumpaan,Wefie tu tak boleh dielak.Wajib untuk kenang-kenangan.Tapi yang paling happy is sibudak kecik tu.Dia yang terlebih excited di depan camera.Sampai tolak umi dia bila nak bergambar..Issshhh..Kemain sangat minah tu kan.
Bermula dengan tudung pink.sida,aku,naura surya dan wani
Tengok jelah aksi dia tu..Dia pulak yang over dduk depan camera..iskk..
Kalau ikutkan memang tak cukup masa untuk bersembang..Tapi masing-masing ada komitmen,so,terpaksalah balik jugak.Insya allah.dilain masa jumpa lagi…

Loading

1 Comment

  1. sekarang ni susah nk nk deting ngn kwan2 kn..lgi2 y bnyk komitmen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *