DAPAT JUGA KE MAQAN FOOD FEST 2022 DI ANGSANA JOHOR BAHRU | Kali pertama datang dengan suzie hujan lebat dan tak banyak tempat yang boleh diterjah.
Hari ahadnya pula, umi bawa adik umi si Fatin tu.Nasib baiklah dia tak kerja dan cuaca pun agak baik walaupun nampak sedikit mendung.
Masa pertama kali datang dengan suzie, umi just beli bakso beranak,keropok lekor dan cakoi coklat.Kali ni umi lebih mencari booth kopi dan juga dessert.
Dan semestinya umi nak beli dessert dari Fatbaker_jb kat sini.Sebab sebelum ni pun umi dah pernah beli cheesecake dengan dia.Jadi bila Fatbakers_Jb ada kat sini, alang-alang tu kita try la kan.Nak juga cuba bellystreat tu tapi kemain beratur panjang.
Kalau ikutkan memang nak cuba pelbagai jenis makanan kat sini, tapi apakan daya, sekarang ni memang tak berapa nak kuat makan.Kalau dulu, depan mata lalu je nak cuba.Tapi yelah, faktor usia mungkin kan? Jadi kita layankan adik kita nak beli apa, boleh la kita merasa sikit-sikit yang dia punya.Tak gitu?
Dua booth kopi yang umi sempat terjah hari tu.Tapi hampa sangat bila pergi ke booth vietnam roll, dah habis dijual.Kalau hari Jumaat tu kemain meriah makanan diorang.Tapi yelah, dah last day kan, petang pulak tu umi datang, confirm lah dah habis.
Kang kalau beli membazir pulak banyak-banyak.Nak bawa budak berdua tu diorang sekolah, jadi sasaran umi of courselah mama fatin.
Ini jelah yang mampu kami beli dari ratusan vendor yang ada kat situ.Eh, ratusan ke puluhan ek. Tapi kalau tengok punyalah banyak vendor-vendor makanan kat Maqan Fest ni.
Oh ya, Kalau korang nak tahu, Maqan Fest ni diadakan untuk mengumpul vendor-vendor makanan yang ada disekitar Johor dan luar Johor( kalau tak silap umi lah).Pelbagai jenis makanan yang korang boleh dapati di Maqan fest ni.
Dan umi percaya, Maqan fest ni akan dibuat tiap-tiap tahun.Cuma masa PKP 2 tahun lepas la diorang tak boleh nak buat.Tengok pada yang datang, dan sambutan yang menggalakkan, mesti akan ada lagi tahun hadapan ye dak.
Actually di Maqan Fest ni bukan korang boleh jumpa makanan je, malah korang boleh jumpa artis dan boleh join pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik yang dah mereka sediakan dekat sana.
Tahniah kepada VIsit Johor dan Maqan Fest ni sebab berjaya mengumpulkan vendor-vendor makanan secara tak langsung membuka peluang para peniaga untuk meneruskan perniagaan mereka.
Oh ya, kalau korang berminat nak join vendor ni untuk tahun depan(Insyallah) boleh la hubungi merekaÂ
Â
Kalau korang ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 013 405 2008 (Atikah). Tak pun korang boleh follow Instagram dan Facebook mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang vendor dan juga aktiviti-aktiviti yang mereka buat.
Â
Â