Dapat Juga Berjumpa Dengan Youtuber Aqil Zulkifli

Dapat Juga Berjumpa Dengan Youtuber Aqil Zulkifli masa kali kedua datang ke kedai beliau di 17th Street Cafe & Barber beberapa minggu yang lepas.

Biasalah, umi kan suka perap cerita-cerita kat phone.Hahah..Walau duduk di rumah, tapi kerja hakiki, anak-anak PDPR kena selesaikan dahulu.Bila dah keje selesai, badan pun dah penat.Jadi bila dah tergolek dekat katil, memang makan masa untuk BANGKIT.

Eceh!! macam la banyak sangat kerja.Eh!! siapa kata suri rumah takde keje..Haha..sila cuba.Umi bila dah berhenti kerja ni, rasa kalut sikit la nak biasakan diri dengan tugasan baru.

Berbalik kepada cerita tentang Youtuber Aqil Zulkifli ni bermula dari bebudak ni lah.Jujurnya umi tak berapa kenal dengan Aqil ni sampailah anak-anak umi bagitahu tentang beliau bila diorang ni sibuk dok tengok youtube game yang dimainkan oleh Aqil dan adiknya.

Tak silap umi game roblok tu kot.Sampailah kepada konten-konten aqil dalam youtube beliau.Dan masa umi buat ig story tulah si Ain kata dia ada cafe dekat Kota Masai..Lahaiii..Rupanya yang dok lalu lalang kat situ, si Aqil punyak kedai.Tak tau la pulak.Jadi umi pun dok sangkut jugak tengok konten youtube si Aqil ni bila dengan bebudak ni.

Ni menu yang umi order dari Cafe ni.Ada lagi yang tak masuk dalam entry ni..Takpelah kan..hahahah

Dapat Juga Berjumpa Dengan Youtuber Aqil Zulkifli

Dapat Juga Berjumpa Dengan Youtuber Aqil Zulkifli

Lepas boleh dine in tu, umi ajaklah bebudak ni makan di Cafe Aqil ni tapi masa tu Aqil tu takdelah datang kedai.And second time baru dapat jumpa Aqil itupun si SISLIN bagitahu yang Aqil akan berada di Cafe hari tu.Jadi takde buat apa, umi ajaklah bebudak ni jumpa si Aqil.

Actually umi tak bagitau pun yang si Aqil ni nak datang.Oh ya, masa 1st time dine in kat sini, corndog aqilicious tu dah kehabisan stock.Nasib baik masa hari tu ada, jadi berpeluanglah bebudak ni merasai corndog Aqilicious tu.Not bad la kan.

Masa Abang Shah iaitu PA ke apa ke umi tak tau lah, masuk kedai tu, terus bebudak tu bagitau kat umi.Eh!! umi itu Abang Shah.Umi pulak ek dok terpinga-pinga siapa dia Abang Shah tu.Kemainlah diorang ni bercerita.Bayangkan 3 orang dok cerita benda yang sama sambung menyambung sampailah si Aqil tu masuk.

Eh, diam pulak seribu bahasa.si Aqil dok lambai pun diorang buat dek je.Jadi kesempatan tu umi suruh la diorang bergambar dengan Aqil.Suruh diorang tanye apa yang diorang nak tanya pada abg Aqil kegemaran diorang tu.

Takde sorang pun bersuara tanya itu dan ini.Padahal tadi masa dalam kereta umi tanya, kalau jumpa Aqil Zulkifli nak cakap apa dengan dia.Kemain semua senyap.

Kemain happy dapat makan corndog Aqilicious ni.Umi beli sorang satu untuk diorang rasa.Selalunya umi suruh share je sebab selalu sangat tak habis.

Tapi bila tak habis makan kat kedai, tapau bawak balik, kemain berjemaah diorang makan kat rumah.

Lepas makan, barulah dapat jumpa dengan abg Aqil diorang tu hah.

Sebenarnya si Aqil tu suruh tunggu untuk masuk dalam video dia, tapi bebudak ni entah kenapa malu-malu. Terus nak ajak umi balik.Haduii lah.

Last-last umi pun malas nak menunggu sebab masa tu ramailah jugak.Jadi moh ler berangkat pulang.Dekat rumah baru rasa menyesal sebab tak masuk dalam video abang Aqil.

Tapi adalah jugak masuk dalam Youtube Abang Aqil.Boleh tengok dekat video di bawah ni.Kemain excited masuk youtube abang Aqil 

Oklah tu nak oiii..Dapat jugak kan jumpa abang Aqil.Disebabkan youtube si Aqil nilah si kakak ni sibuk nak jadi youtuber jugak.Jemputlah singgah youtube si kakak ni,

Satu jelah video dia tu.Umi belum sempat nak edit video yang dia dah buat.Banyak keje umi nak oii..Tunggulah nanti kita buat ye.Video Dolgana candy pun umi belum lagi settle kan..sabar ye kakak..

Jadi dapat juga berjumpa dengan youtuber Aqil Zulkifli ni.Tercapailah hasrat bebudak ni kan.

Oklah..Itu sahajalah umi nak cerita pasal si Aqil nii.Kalau korang yang berdekatan dengan area Pasir gudang ni pilah terjah 17th street Cafe & Barber di Jalan Eco Perniagaan Kota Masai tu.

1 Comment

  1. Hahahaha baru perasan entri ko ni haaa..
    Aku pun tak tau, apa yang aura si dak Aqil ni pakai, kemain bebudak mengilerr dia hohohoh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *