Dah pun buat Kad pink

Assalamualaikum
Alhamdulillah..Hari ni,dah pun selamat buat kad pink..Aku rasa korang pun tau kan apa itu kad Pink..Kad pink ni kad ibu mengandung.Walaupun ianya terlalu awal untuk aku buat kad ni,Tapi memandangkan tak nak kejadian yang tidak diingini berlaku lagi untuk kandungan kali ni.Cepat -cepat aku buat kad..At least pemeriksaan awal,dapat mengelak kejadian yang tak diingini berlaku.
Tapi menurut kata doktor tadi,bagus aku buat kad awal,Apa taknya baru buat kad,dah ada tulisan merah…Risau bukan kepalang bila dah di awal kehamilan ada pulak masalah masalah tu.
Kalau korang mengikuti perkembangan blog ni,korang akan tau empunya blog ni pernah menjalani pembedahan Jantung berlubang pada tahun 1996.Perjalanan hidup aku semasa aku kecil dulu bukan macam kanak kanak yang lain.Aktiviti sukan dan permainan tak boleh nak sertai disebabkan aku cepat penat dan kekadang pengsan.Bila setiap kali perhimpunan,aku sorang je yang boleh duduk di kerusi..Yang lain pulak,macam biasalah kan,berdiri.Allah masih menyayangi aku kerana sehingga ke hari ni,aku masih lagi bernafas..Syukran..
Hari ni pulak,bila check doktor suspect,Jantung aku tak normal,maksudnya Penyakit aku tu ada lagi..Denyutan jantung tak normal macam orang sihat la…Fuuuhhhh…Tu yang risau..Ada jugak aku tanya dengan doktor tu,Orang macam aku ni,memang tak boleh mengandung ke?Tapi doktor tu cakap,kalau takde masalah ..insya allah…semuanya berada dalam keadaan baik.Cuma aku kena selalu check up dan kenalah jaga kesihatan betul betul..
tengoklah tu..Ada je tulisan merah kan…
Bila fikirkan pasal tu,risau teramat sangat..Yelah..kandungan pertama dah gugur,Risau kandungan ni pulak..Harap tak de pape lah kan..
Doakan aku dan kandungan berada di dalam keadaan yang baik ye..

25 Comments

  1. semoga semuanya berjalan dengan lancar , diberi kesihatan yang baik buat ibu dan baby … aaamin .

  2. tahniah eda, nadia doakan semuanya baik baik belaka.

    nadia pun penah alami keguguran,memang sedia.

    jangan risau, banyakkan kebergantungan dengan allah,pikir yang baik baik tau !

    yang penting, jangan tinggal asid folik, vitamin untuk kesihatan optimum, dan zikir ya mubdi (33x) lepas solat ,kemudian tiup kat perut untuk kuatkan kandungan

    Nadia Mansor menulis tentang.. : Tips Cepat Timbang Cahaya Mata

  3. akak duduk kat Masai ea??

  4. Semoga ibu dan anak sihat….dan semoga tercapai apa yg di hajati…aamiin…

  5. Moga di permudah semuanya. Btw,tahniah sis..

  6. assalamualaikum eda…moga dipermudahkan semuanya…:)

  7. Tahniah kakkkkk… 🙂 im hepy for u. Xpe cekup selalu..as long as mommy n baby sihat dan terjaga.. Jaga diri ye kak..

  8. akakkk tahniah..baru tau berita gembira ni..hepi jugak tuk akak..
    jaga kesihatan leklok..jangan buat kerja berat sangat..nak dapat pon susah kan..
    yang penting lepas ni awfiyah dah ada geng..yeayyy

  9. tahniah ida. sy tumpang gembira.jaga diri baik baik tau

  10. moga dipermudahkan…. take care kak ida… tahniah sekali lagi..

  11. Tahniah Aida… semoga dipermudahkan segalanya ye… aamiin.. 🙂

  12. Alhamdulillah…tahniah…

    moga dpermudahkn sgala urusan

  13. take care dear.. insya Allah semuanya akan dipermudahkan.. my fren baru jugak melahirkan anak ..die ada sakit jantung jugak, and masih buat rawatan di ijn.. tp syukur dapat melahirkan bayi perempuan 2 bulan lepas tp czer laa..sebb ada risk kann.. jgn risau okey..

  14. Assalamualaikum kak ida, alhamdullilah. taniah. jaga diri baik2 kak ida. doakan sheila juga…hihiiii bestnya awfiyah bakal jadi kaklong ~~~

  15. Alhamdullillah…tahniah…semoga dipermudahkan segala urusan…kuatkan semangat yer…^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *