Assalamualaikum
Hai korang☺☺Lama jugaklah dok peram vaucher yang dapat tempohari.Lagi satu voucher tu valid sampai hujung minggu ni sahaja..So cepat-cepatlah umi dok beleh-belek apa yang best dari motherhood ni.
Oh ya,kalau korang lupa,meh aku ingatkan balik,hari tu aku ada cerita pasal aku menang voucher melalui Menang Mom blogger contest dari motherhood.Kalau rajin korang baca eh entry tu balik.Di situ aku dapat voucher bernilai RM200 tau.So ikutkan hati mak-mak ni,nak je kumpul stock susu dan pampers Naura Auni.Tapi disebabkan tak boleh membeli susu dan pampers menggunakan voucher tu,so kenalah ambil sesuatu yang dirasakan perlu,
Tetiba terfikir untuk membelikan dua barang di bawah ni.Yelah,bila tak boleh nak buat stock,kenalah cari perkara yang berguna untuk dia.Memang satu produk ni akan menjadi kegunaan dia sampai dia dah besar.Mungkin sampai umur dia sehingga 9 hingga 10 tahun.Lama kan.Lepas tu boleh lah umi dia gunakan untuk santai-santai di luar rumah pulak..hehehehe..
Kids Table (1 Chair x 1 Table)
Meja yang sempurna untuk melukis,belajar,membaca,makan dan banyaklah aktviti yang boleh di buat di atas meja ni.
Saiz meja ini adalah 630mm(L) 630mm(width) 485mm(H)
Kerusi pula adalah 280mm(L) 280mm(W) x 520mm(H)
Meja ini diperbuat dari kayu getah pepejal.Baguslah kan bila dah ada satu macam ni kat rumah.
Sebenarnya kalau ikutkan banyak lagi kemudahan untuk dia beraktviti untuk aku beli,tapi memandangkan voucher ni hanya rm200,so selebihnya aku belikan dia botol susu.
Philips Avent Natural bottle 290ml
→Thanks for Reading kisahsidairy.com←
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com
Untung naura..Dapat set meja kerusi yang cantik..huhu
tahniah eda, murah rezeki
cantiknya kak eda.. apsal dilah tak jumpa pun meja tu??
syok la dak naura dpt meja n botol baru..
– Hernee Nazir –
Syoklah dapat meja baru.. best naura nak mewarna..
assalamualaikum eda…bestnya dpt soping lagi…
** Mama Maszull
wahhh bestnya