Daging Harimau Menangis Hany Thai Kitchen Sedap | Support bisness kawan-kawan, hari tu dapat juga umi cuba daging harimau menangis ni
Korang dah cuba ke? Sure korang dah cuba kan? sebab daging harimau menangis ni pernah viral.Masa viral tu takdelah pulak umi nak mencuba.Tapi masa hari tu si Huda dok promote dalam group JDT, apalah salahnya kan kita support mereka-mereka yang berniaga ni.Semoga rezeki melimpah ruah la lepas ni kepada yang menjual dan membelinya.
[Baca juga : Pertama Kali mencuba Mentai Rice ]
Jadi umi pun cubalah daging harimah menangis yang dikatakan sedap sangat tu.Kena pulak dengan sos yang diberikan, memang complete rasa sedap dia tu.
Daging Harimau Menangis Hany Thai Kitchen Sedap
Nak sediakan daging ni pun mudah.Just masuk dalam pan grill dan biarkan dia masak dan kering.
[Baca Juga : Pertama Kali mencuba nasi Kandar Hijrah Taman Molek ]
Yang bestnya bila dapat sos pencicah daging harimau menangis.memang kaw-kaw la.Sepinggan tu cepat je habis diratah begitu sahaja.Memang tak puas makan sikit weh…Next kena beli 3-4 bungkus makan sekali hadap je.Puas hati.
Kalau nak lebih jimat buat sendiri je.Tengok je resepi daging harimau menangis simple je dekat google tu.Masa tu ada jugak teringin nak buat resepi daging harimau Che nom.Pastu tengok resepi daging harimau Khairul aming tu sesangat la menggiurkan.Tapi tak terbuat sampai sekarang.Meh la umi tepek resepi daging harimau menangis ni.
RESEPI DAGING HARIMAU MENANGIS KHAIRUL AMING MUDAH JE NAK BUAT
Bahan-Bahan
- 2 kepingan daging sebesar tapak tangan dewasa
- sos tiram
- kicap manis
- sos ikan
- gula perang
- garam
- gula putih
- 4 cili merah (kecil)Â
- 4 cili hijau(kecil)
- 5 ulas bawang putih
- Daun ketumbar
Cara Penyediaan
Daging
- Lumurkan daging dengan sos tiram, kicap manis dan gula perang.Perapkan kira-kira 30 minit.
- Selepas siap dibakar, potong daging menjadi kepingin nipis
Sos Cili Thai
- Tumbuk 4 biji cili hijau, 4 bili cili merah, 5 ulas bawang putih, satu sudu sos tiram, dua sudu sos ikan, 3 sudu gula dan perahkan 3 biji limau nipis.Selepas itu masukkan daun ketumbar dan kacau sehingga sebati.
Malas jugak??
Order je.Lagi cepat .Difross kan daging tu, masukkan dalam grill pan kacau-kacau sampai dia kering.settle.Sos dah siap ada sekali kalau korang dapatkan Daging Harimau Menangis Hany Thai Kitchen ni boleh dapatkan dengan Farah.
Dia siap sedia akan menghantar daging harimau menangis viral ni terus ke pintu rumah korang..Daging harimau hany thai kitchen sedap tau korang.Next time boleh repeat order lagi
Boleh follow ig Byfarahh.biz.
Â
Â