Daging A5 di Kingly Wagyu HouseJapanese Barbeque yang terletak di Taman Nusa Sentral ni beroperasi dari isnin hingga ahad dan menyediakan makanan Jepun.Selain menyediakan Daging Wagyu, Kingly Wagyu House juga menyediakan menu lain seperti seperti seafood menu dan lain-lain.
Jom umi cerita lagi tentang Kingly Wagyu House Japanese Barbeque nie.
DAGING A5 DI KINGLY WAGYU HOUSE JAPANESE BARBEQUE
Restoran ini terletak di 193, Jalan Sentral 24, Taman Nusa Sentral,Iskandar Puteri Johor di bangunan tiga tingkat corner lot.Di sini mereka menyediakan menu pelbagai menu makanan Jepun dan paling utama ialah Wagyu Emas yang menggunakan daging A5 dari jepun.Mereka juga mempunyai sijil halal dari Jepun dan telah diiktiraf oleh JAKIM Malaysia.
Bila pertama kali masuk ke dalam restoran ni, umi teruja dengan konsep yang di sediakan di dalam restoran ni.Korang boleh pilih untuk duduk di meja luar,dalam dan juga VIP room.Kalau dekat VIP room tu, korang boleh bersila dengan style Jepun tau.Disebabkan umi datang dengan kawan-kawan, umi pilih untuk duduk diluar sahaja.Itupun dah rasa selesa sangat.
Sambil menunggu menu siap disediakan oleh chef,boleh la umi dan kawan-kawan umi berborak dulu.Lama kan tak jumpa.Sambil tu boleh tengok Chef di dapur menyediakan menu special untuk kami iaitu set Wagyu Emas.
Set Wagyu emas ni terdiri daripada bahagian-bahagian lembu daging A5 yang bermutu tinggi dan bila korang tengok bahagian-bahagian yang dah dipotong nipis tu, nampaklah marble pada daging tu sendiri.
Apa beza daging Wagyu dan daging lembu biasa tu.
Sangat jauh bezanya ya kerana Wagyu ni tidak mengandungi lemak tepu.Umi kan ada bagitau yang kita boleh nampak dengan terang Wagyu ni mempunyai Marbeling.Lebih banyak marbeling pada wagyu ni maka semakin tinggilah nilai harganya.
Sebab tu daging Wagyu ni mahal.Jadi korang jangan terkejutlah jika korang beli daging wagyu ni boleh mencecah ribuan ringgit.
Siap je set Wagyu emas tu, chef terus hantar ke meja kami.Dan kalau korang tak tau macam mana nak masak Wagyu ni, jangan risau sebab staff kat situ yang boleh masakkan untuk korang.
Dalam satu set Wagyu emas ni terdiri dari 5 jenis bahagian Wagyu iaitu, Katabara, Katarosu, Ranpu, Shinshin dan Uchimomo.
Disebabkan ini kali pertama ada diantara kami yang cuba wagyu ni, kami suruh staff disini yang assist kami untuk masak daging tu.Aroma masa dia tengah barbeque daging ni sungguh menyelerakan.Usai siap je dimasak staff disini,terus sediakan ke pinggan kami.Tak perlu tunggu sejuk pun korang, terus je masuk ke mulut.
Masyallah,punyalah lembut bila dikunyah, tak perlu sakitkan mulut nak tunggu kunyah terlalu lama pun dimulut tu.Betul-betul rasa manis dan juicy wagyu ni ye.Dan bagi umi tak perlu lagilah bahan pencecah yang lain.Sedap makan macam tu je.Barulah korang boleh nikmati rasa sebenar daging wagyu ni.
Selain dari set Wagyu mi, umi juga cuba menu-menu yang lain seperti sushi, seafood mini hot pot, Fresh oyster garlic.Oh ya,sushi yang dibuat kat sini sangat berbeza ye dengan yang dijual diluar.Sebab tu korang kena cuba makan kat sini.Menu lainnya pulak ialah Spicy chicken Chashu Ramen,wagyu curry done, Wagyu garlic fried rice, Unatamadon dan Wagyu Black truffle Gyoza.
Memang puas hati la makan kat sini.Walau bayarannya sedikit mahal, tapi berbaloi dengan kesedapan wagyu tu.Yelah, kalau korang nak makan wagyu ni kat Jepun tak kesampaian, why not cari je kat Malaysia ni.Dan salah satunya di Kingly Wagyu Wagyu House Japanese Barbeque.
Settle cerita bab wagyu ni, umi nak cerita pulak lot bangunan tiga tingkat restoran ni.
Dah puas makan-makan Manager kat sini, ajak kami tinjau-tinjau pulak apa yang ada di bangunan atas restoran ni.Untuk tingkat 2 bangunan resotran ni terdapat satu tempat khas untuk korang main golf.Seriuslah kan golf.Tapi takdelah padang golf sebesar alam tu.Korang tengok jelah pada gambar kat bawah ni.
Seronok tengok orang yang dah Pro pukul bola golf.Umi pulak rasa teringin nak pukul bola golf tu.Dapat sekali pukul dah la kan.Tetamu yang datang ke sini boleh la order menu yang disediakan kat sini.Sambil main golf sambil makan-makan.Boleh makan Unagi Maki, Ebi Tempura dan Tori Karagae.


Manakala di tingkat atas sekali korang boleh main golf sambil berkaraoke dengan kawan-kawan.Sangat selesa berada di bilik Karaoke ni ye.
Sambil tu boleh layan menu Fish head, Chuka Idako,Saba Shioyaki dan Edame.
Kami dah kekenyangan betul dapat makan makanan Jepun yang sedap-sedap ni.
kalau korang nak cari restoran Jepun di Johor yang menyediakan Wagyu, umi memang rekomen untuk korang datang ke sini.
Maklumat lanjut umi ada letakkan dibawah ni ye.
KINGLY WAGYU HOUSE JAPANESE BARBEQUE
Alamat:193, Jalan Nusa Sentral, 79100 Iskandar Puteri,Johor
Waktu operasi: Isnin – Ahad | 12.00 tengahari hingga 11 malam
Tempahan: + 6013 880 1193
Website | Facebook | Instagram
