CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI UNTUK PENGGAL KE 3 TAHUN 2023

CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI UNTUK PENGGAL KE 3 TAHUN 2023 | Yeay bagi anak-anak dan oppsss bagi mak ayah.Hah, begitulah sinonimnya perkataan tu bila cuti sekolah kembali lagi.Nampaknya umi kena susun banyak la kot aktiviviti memandangkan cuti sekolah ni tak balik ke Kampung.

Ini pun sebelum cuti sekolah lagi budak-budak ni dah bercuti sebab si adik demam dan begitu juga kakak.Jadi terpaksalah bercuti awal.

Biasalah kan, bila cuti sekolah panjang, first thing first, wajib basuh kasut sekolah dan settlekan homework.Dah settle semua baru fikir apa aktiviti yang umi nak bagi kat diorang.Tapi untuk aktiviti-aktiviti latih tubi umi dah siapkan sikit-sikit untuk diorang buat.

Naik cuti pulak, terus ada periksa untuk sekolah agama.Nampaknya memang tak boleh nak main-main lah.Nak-nak si kakak, bila dah tahun 3 ni, kalau tak lulus memang tak naik kelas.Jadi kena banyak juga ni buat latihan.

Ini pun belum masuk lagi nak sediakan persiapan sekolah lagi awal memandangkan naik sekolah dan hampir dengan hari raya.Jadi umi lebih suka kalau buat persiapan sekolah lebih awal, contohnya dalam persediaan menyediakan baju dan kasut sekolah.

Baju raya kita fikir lambat sikit lah kan memandangkan umi lebih suka beli baju yang dah siap je.Lagi mudah dan cepat.

Jadi selamat bercuti anak-anak.Kita manfaatkan cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah.Lagilah sekarang ni kes covid meningkat, jadi jaga diri selalu ye

 

Loading

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.