Craving Betik Masak Air

Assalamualaikum
Dah lama sangat mengidam nak makan makanan yang sesimple ni.Tapi yang simple ni lah yang payah kot nak buat dan cari.
Duduk kat taman,mana la mudahnya nak cari betik muda kan.Tapi bernasib baik sesangat jiran sebelah rumah ni suka menanam.Dan salah satunya adalah pokok betik.
Memang dok aim sangat-sangat buah betik jiran sebelah rumah.Nak mintak,alahai..segan sesangat..Tapi masa dok mesyuarat tingkap kat luar rumah tu,terkeluar jugalah daripada mulut yang mengidam ni.Di marahnya sebab taknak bagitau nakkan betik tu..Nasib baik dia memahami orang yang tengah mengandung ni.
Bila dah dapat betik,of course serta merta bawak rumah kakak ipar,suruh masakkan..At last,hari ni dia masakkan jugak,walaupun sibuk melayan buah hati aku tu.
Sempat SIL aku ni snap gambar dan hantar gambar ni kat aku..Nak tunjuk ler dia dah masakkan untuk aku..keh..keh…
Ok..alhamdulillah…ada jugak yang sudi msakkan..Nak tunggu aku masak sendiri memang tak ler…Lebih suka orang masakkan  untuk kita…Tu yang rasa nikmat sangat tu.

17 Comments

  1. Tak pernah makan pun betik masak air… first time tahu…. macam sedap sangat je ni… sha suka betik !

  2. sedap ni kak..tambah sambal belacan ngan ikan masin pon dah cukup selera..

  3. Kakak dgn mak sebenarnya lebih kurang rasa airtangannya Eda
    Itu yg puas rasa bila dpt kakak yg masakkan.

    Kakak pulak jadi teringin sama:)

  4. mmg sedap betik masak air ni.. kalau tambah black paper tu.. perghhh..marvelous. hahaha

  5. bila orang yang masakkan…lagi sedap kan!hehe.take care ye..

  6. tak pernah rasa lagi betik masak air…nak kena cuba ni…^_^

  7. saya tak dapat bayangkan macamana rasanya? masak air..emm makan dengan nasi ke?

  8. sedapnya.. saya suka betik.. tapi.. cara begini.. tak pernah cuba..

Leave a Reply

Your email address will not be published.