cosmoderm tea tree oil dan vitamin e

Kulit Lebih Sihat Dan Bebas Jerawat Dengan Cosmoderm Vitamin E dan Tea Tree Oil

Kulit Lebih Sihat Dan Bebas Jerawat Dengan Cosmoderm Vitamin E dan Tea Tree Oil | Walaupun hanya duduk di rumah kulit muka pun kena jaga juga.

Siapa kata duduk rumah tak perlu pakai skincare.Adakah bila kita duduk di dalam rumah, kulit tidak terdedah dengan pelbagai masalah kulit muka?

Duduk di rumah tidak bermakna kita tidak terdedah dengan cahaya matahari dan udara luar.kita tak sedar sebenarnya bila duduk di rumah, udara dalam rumah pun kotor juga tau.Manalah tau kita ada bela kucing atau apa-apa haiwan peliharaan,kena pulak dekat sofa mahupun karpet, atau bila kita buka tingkap, habuk dari luar masuk ke dalam rumah.Tak mustahilkan kotoran dari habuk tu tidak melekat pada kulit muka kita.

Nak-nak kita sebagai suri rumah, mestilah memasak setiap hari kan.Muka pun dah naik berminyak.Lepas tu mulalah liang pori di muka tu tersumbat.Lagilah mudah jerawat tu nak buat pesta kat muka kita.

Sebab tu sangat penting untuk menjaga kulit muka kita apabila dirumah.Perlu ya untuk cari skincare yang sesuai dengan kita.Cari cleanser yang boleh hilangkan kotoran minyak di muka dan dalam masa yang sama mengekalkan kelembapan pada kulit.Jadi bila dah hilang minyak di muka, takdelah kulit jadi kering.Sebab tu perlukan skincare yang boleh berikan kelembapan juga pada kulit.Nak cari skincare pun harus tahu keadaan kulit muka kita macam mana dan yang penting halal.

Macam produk Cosmoderm yang memang ramai pengguna yang menggunakan 2 produk yang berwajah baru ni iatu Cosmoderm Tea Tree Oil dan juga Vitamin E.Ramai yang dah tahu akan keberkesanan dua produk ni.Jadi untuk entry kali ni umi nak cerita sikit pasal kelebihan dua produk ni.

Umi akan epxlain satu persatu apa kelebihan tentang dua produk berwajah baru iaitu SKINCARE TEA TREE OIL dan VITAMIN E yang banyak membantu mereka di luar sana untuk mendapatkan kulit yang bersih jerawat dan sihat.

Inilah dua produk Cosmoderm yang berwajah baru dan formulasinya juga telah diperbaharui bagi membantu mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak ni.

COSMODERM TEA TREE OIL – OILY AND ACNEE FREE

Untuk korang yang ada masalah kulit muka berminyak boleh menggunakan rangkaian produk Cosmoderm Tea Tree Oil series.Untuk ni umi highligtkan untuk Oil control facial cleanser dan  juga Refining oil control serum.

Jom kita lihat apa kelebihan dua produk ni.Semestinya umi menggunakannya untuk mengawal minyak berlebihan di muka

COSMODERM OIL CONTROL FACIAL CLEANSER

cosmoderm oil control facial cleanser

Pembersih berkrim yang membersihkan dengan lembut dan mendalam untuk menghilangkan minyak, membuka liang pori, dan mengawal kegatalan kulit. Khasiatnya yang pelbagai memberikan khasiat dan keselesaan pada kulit. Ia amat sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita

Tea Tree Oil – antibakteria semula jadi yang terbukti dengan sifat menenangkan untuk mengurangkan jerawat dan jerawat.Ia diuji oleh dermatologi dan ia tidak mengandungi paraben.Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat.

Ramuan yang terdapat di dalam Oil control facial cleanser ini adalah minyak tea tree dan juga vitamin E200 I.U

CARA PENGGUNAAN

Picit sedikit Pembersih Muka Tea Tree di atas tapak tangan yang basah dan gosok sehingga berbuih. Urut ke seluruh muka yang basah dan bilas dengan air.

COSMODERM REFINING OIL CONTROL SERUM

Selepas korang mencuci muka dengan bersih, gunakan serum untuk mengawal pengeluaran minyak berlebihan di wajah.

cosmoderm tea tree oil

Refining oil control serum ini berasaskan air (water base) diformulakan dari ekstrak buah-buahan dalam mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan di muka terutamanya di kawasan T-zone.

Serum ini dapat membantu mengurangkan jerawat, bintik hitam dan bintik putih.Membersihkan pori tersumbat dan imbangkan pengeluaran minyak.Mengembailkan lembapan semulajadi kulit yang sekata.

Ramuan serum ini mengandungi lemon, aloe vera, ekstrak buah-buahan dan juga tea tree oil.

CARA PENGGUNAAN

Selepas membersih dan menyegarkan muka, sapukan serum dengan mengurut secara lembut ke selurh muka hingga diserap.

Itu untuk oily dan acne free.Kita tengok pulak untuk 2 produk Vitamin E.

COSMODERM VITAMIN E Bi Phased 2000 UI- MOISTURE AND REVIVE

cosmoderm vitamin e

Kita lihat dulu apa kelebihan facial cleansing foam untuk vitamin E moisture and revive ni.

COSMODERM CLEANSING OIL FOAM

cosmoderm facial cleansing foam

Cleansing foam ini sesuai untuk kulit muka yang normal dan juga kombinasi.Pencuci gel berbuih ini diperkaya dengan anti oksidan untuk cucian lembut dan berkesan.

Ia mampu membersih minyak, kotoran dan debu tanpa mengeringkan lapisan kulit.Mengekalkan kelembapan dan kelembuan asli kulit.Ia juga menggalakkan kadar pembaharuan sel kulit.

Ramuan yang terdapat didalam cleansing foam ini adalah chamomile, lemin dan juga vitamin E Rosehip oil.

CARA PENGGUNAAN

Picit sedikit pencuci muka Vitamin E di tapak tangan yang lembap, gosok sehingga berbuih dan sapukan dengan urutan ke dalam.

COSMODERM VITAMIN E Bi- PHASED TONING ESSENCE

cosmoderm bi phased toning essence

Untuk korang yang mempunyai kulit muka tidak sekata atau tidak rata sangat sesuai menggunakan toning essence ni.

Diuji secara Dermatologi normal dan kering.Ia bebas paraben dan gabungan dual power oil dan water toner yang sempurna terdiri daripada 2000 IU(International unit), Vitamin E dan Vitamin B5 dapat melindungi kulit dari pencemaran UV dan persekitaran yang berbahaya.Ia juga dapat membantu menyeimbangkan mikrobiota kulit, mencerahkan kulit an mengimbangkan semula tona kulit yang tidak sekata.Kulit muka akan terhidrat sepanjang hari dengan penggunaannya.

Produk ini mengandungi Niacinamide(Vitamin B3) dan Vitamin B5.

CARA PENGGUNAAN

Selepas penggunaan toning, sapukan toning essence ini pada muka dan urut perlahan-lahan sehingga ia menyerap ke dalam kulit.

Hah!! dah tau kan kelebihan dua produk Cosmoderm ni.Jadi bila guna dua produk ni, Kulit Lebih Sihat Dan Bebas Jerawat Dengan Cosmoderm Vitamin E dan Tea Tree Oil.

DIMANA NAK DAPATKAN PRODUK COSMODERM

Korang yang nak dapatkan dua produk NEW LOOK ini dan produk-produk lain cosmoderm boleh dapatkan di rangkaian farmasi berhampiran korang atau korang taknak keluar? 

Jangan risau kerana produk Cosmoderm ini juga boleh didapati di Shopee Official di sini – Cosmoderm Official

Maklumat lanjut tentang Cosmoderm korang boleh lihat di bawah ni

Website | Facebook | Instagram 

 

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *