Best Cordless Vacuum Cleaner A&S A90 Plus Di Malaysia Patut Cuba

Best Cordless Vacuum Cleaner A&S A90 Plus Di Malaysia Patut Cuba | Sangat memudahkan kerja para isteri di rumah memang inilah yang umi cari.

Dah lama termimpi-mimpi nak dapatkan cordless vacuum cleaner ni.Sebab rata-rata review yang umi tengok bila diorang menggunakan vacum cleaner tanpa wayar  ni senang sangat kerja.

Umi pernah tau beli vacuum cleaner yang jenis kena plug in bila guna tu.Punyalah payah nak tarik robot berat tu.Lepas tu kenalah pulak cari wayar extension sebab yelah, nak bersihkan seluruh rumah, takkan ler nak cari plug yang terdekat kat semua ruang.Haruslah guna 1 extention plug yang panjang, jadi tarik je wayar tu bersama-sama dengan vacuum tu.Penat oii..

Jadi memang menyampah pakai benda tu.Nak pakai penyapu lidi, nak-nak bila bersihkan karpet tu, uih!!! sakit hati tau.Dah la sakit hati, sakit pinggang sebab banyak membongkok.Dah semakin tua ni, kalau membongkok memang sakit.

Memang ler nampak bersih kan, tapi habuk-habuk yang terperangkap dekat karpet, tepi dinding, tepi tingkap tu semua.Agak-agak bila pulak ek nak bersihkan.Jadi berkurun ler sesawang dekat tepi tingkap tu.Tunggu umi rasa kuat barulah bersihkan semua tu.

Tak kira!! tekad dah nak beli jugak  pembersih vakum tanpa wayar yang orang dok sebut-sebut tu.Simpan sikit duit dalam tabung ayam.Dok scroll sana sini Cordless vacuum cleaner yang terbaik kat Malaysia ni dekat Shopee dan Lazada.Semua marketplace la umi cuba cari.

Harga memang 500 ke atas sedangkan budget umi masa tu memang bawah RM500 ok.Ok umi, kita survey lagi..

Oh yes!! Tiba-tiba umi ternampak dekat ig Cordless Vacuum Cleaner murah.Masa ni fikir balik, nak beli ke tidak?

Ok Beli..

Cordless Vacuum Cleaner A&S A90

Terus jatuh cinta pandang pertama bila tengok CORDLESS VACUUM CLEANER A&S A90 PLUS ni.Check tabung ayam tengok cukup ke tidak nak beli maid baru ni.And Yes!! Finally  umi beli dengan persetujuan bendahari umi tu.hahaha.Meh la umi cerita sikit tentang Cordless Vacuum Cleaner dari A&S ni.

TENTANG A&S 

A&S adalah pereka, pengeluar dan pengedar produk elektronik pengguna inovatif terkemuka di Malaysia.
Sejak 2017, A&S telah mengubah produk elektronik tradisional menjadi produk unik yang direka untuk menjadikan hidup lebih mudah dan lebih menyeronokkan. Kami bekerjasama dengan pembekal komponen terbaik di seluruh China, Korea dan Taiwan untuk memastikan kualiti pada setiap tahap rantaian bekalan. Dengan kehadiran di seluruh Asia Tenggara dan akan datang ke Timur Tengah & Amerika, kami berhasrat untuk menjadi “Sahabat Gaya Hidup Sempurna” anda.

Cordless Vacuum Cleaner A&S A90

CORDLESS VACUUM CLEANER A&S A90 PLUS

Memang banyak kelebihan cordless vacuum cleaner A&S A90 Plus yang menyebabkan umi TERPAKSA beli hahaha..

Ok nak bagi tau korang A&S ni dah banyak keluarkan Cordless Vacuum Cleaner pelbagai model.Antaranya Robotic  vacuum cleaner, tv, peti ais dan banyak lagilah.Korang boleh pergi ke website A&S kalau korang nak tau produk keluaran mereka.Untuk entry ni umi nak cerita tentang apa yang best menggunakan cordless vacuum cleaner A&S A90 plus ni.

Sampai je rumah, umi terus unboxing tau.Tak simpan dah..Rugilah kalau umi simpan kan.Dengan penuh kesabaran umi charge dulu bagi penuh supaya dia dapat berfungsi dengan baik.Nak charge dia pun senang.

Cordless Vacuum Cleaner A&S A90

Tunggu lah sampai yang berwarna biru tu penuh.Lepas tu dah boleh suruh vacuum ni buat kerja.

Dengan menggunakan Cordless Vacuum Cleaner A&S A90 Plus ni,umi dah tak perlu pening kepala.Nak bersihkan rumah pun umi lebih rajin dan semangat.Sebab tak leceh nak tarik keluar wayar dari vacuum, kena cucuk plug bagai tu.Dengan Cordless Vacuum Cleaner A&S A90 Plus ni, bersihlah nak bersih dekat mana, ruang besar,tempat tidur,dapur, dalam kereta pun boleh ok.Nak angkut sana sini senang sebab ringan je

Bila cuba je dekat karpet umi tu, memang ler nampak sampah-sampah je dia tarik.Masa tu memang cakap dalam hati,ala….biasa je.Kita tengok dulu nanti hasilnya.

Kena dekat karpet umi yang kalau pakai penyapu lidi baru jalan, umi pun try vacuum menggunakan removal brush.Hah!! terkejut den tau.Bersih weh..

Cordless Vacuum Cleaner A&S A90

umi gunakan benda ni untuk sedut di tempat-tempat yang susah untuk dicapai dengan vacuum yang besar.Di bawah-bawah kerusi, di tepi-tepi tingkap dan di celah-celah almari, memang bagus guna ni.Serius umah umi memang banyak habuk.Lagilah rumah tepi jalan besar, bila selalu bukak tingkap, memang banyak la kan habuk kat luar tu masuk.

Guna ni,tekan suction kepada level dua,Wah!! terbaik.Senang nak menyedut dekat bawah-bawah kerusi dan seanteronya.

Kerja-kerja membersihkan rumah sangat dilakukan dengan tenang.Takde unsur-unsur keganasan sepanjang menggunakannya.Kalau penyapu lidi tu sikit-sikit hentak, sikit-sikit hentak.Pinggang pun boleh patah tau lama sangat menunduk.

Cordless Vacuum Cleaner A&S A90

Malam tu jugak umi bersihkan sekitar karpet dan ruang tamu.Nampak tak betapa rajinnya umi buat kerja dengan maid baru ni

So, korang nak tengok tak hasil dari maid baru ni buat kerja.Bila bukak ni memang..SPEACHLESS.Bukan je sampah dan rambut tau.habuk-habuk halus pun banyak…

Cordless Vacuum Cleaner A&S A90

Nampak!! Tapi nak bagi tau, ini adalah sampah kedua yang umi sedut.Korang tengok dekat video yang pertama kali umi vacuum rumah ni menggunakan Cordless vacuum cleaner ni.Memang terbaik.

Cordless Vacuum Cleaner A&S A90

Inilah habuk-habuk yang melekat dekat brush dalam tu.Bukan kata habuk je tu, rambut umi yang kat lantai tu memang semua disapunya.Best gila.

Jadi apa ciri-ciri yang terdapat pada cordless vacuum ni.Nak jugakkan tau walaupun korang hanya tau guna je tapi tak tau ciri-ciri yang ada pada cordless vacuum korang tu..

CIRI-CIRI YANG TERDAPAT PADA CORDLESS VACUUM CLEANER A&S A90 PLUS

  • 10,000Pa suction power
  • 150w Output Power
  • 0.8L Dust Cup
  • HEPA Filter
  • 30 minutes working time
  • 2,200mAh built in battery
  • 2 speed control

Di dalamnya juga terdapat

  • Dust Mite Removal Brush
  • 2 in 1 Crevice Nozzle & Brush charging
  • Wall hanger & accessories storage

And tambahan korang akan dapat kad warranty kerana setiap pembelian mereka akan berikan korang 2 tahun warranty.So itu korang tak perlu risau.

Mesti korang nak tanye umi pasal harga Cordless Vacuum cleaner yang terbaik ni kan.

Harga Cordless Vacuum Cleaner A&S A90 PLUS ni berharga RM499 sahaja tau.Berbaloi kan?

Of courselah berbaloi kalau dia boleh keluarkan habuk-habuk kecik macam tu.

MANA NAK DAPATKAN CORDLESS VACUUM NI

Untuk pengetahuan korang, mereka ada authorized dealer di seluruh Negeri.Tapi nak memudahkan kerja korang, boleh buat pembelian di Shopee dan juga Lazada.

Nak lagi murah korang boleh beli masa 8.8 Shopee tu nanti.Korang guna je kod yang umi letak kat bawah ni untuk dapatkan diskaun bila korang membeli produk ni di Lazada

Kod Diskaun  – Lazada Voucher

Untuk maklumat lanjut tentang produk A&S ni korang boleh rujuk details dibawah

WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK

 

 

1 Comment

  1. Ini mahu kena tebuk jugak tabung ni. Syiok tengok habuk sampah sarap dikutip dia. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *