CITARASA WARISAN JOHOR ST.GILES Southkey Buffet dinner meyediakan lebih 300 menu untuk berbuka puasa antaranya Nasi Tomato, Rendang Daging, Ikan Tenggiri Asam Pedas, Sotong Goreng berempah, Sayur goreng jawa dan lain-lain lagi.
Dan tak lupa Ikan bakar yang terdiri dari ikan pari, Ikan tenggiri,Keli dan Sotong.Korang juga boleh cuba Shawarma, Kambing Panggang Arab, Sup kambing berempah. Roti canai, murtabak, kambing masalah dan acar bawang.
Kari Kepala Ikan yang menjadi tumpuan ramai
Dan satu yang umi suka hidangan bubur lambuk yang lain dari yang lain pasti memikat selera korang apabila berbuka puasa di St Giles Southkey Johor Bahru ni.Kalau korang peminat Sushi, jangan risau, ada beberapa jenis sushi, sotong dan salmon ada kat sini.
Oh ya, Durian goreng pun ada tau.jadi nanti banyaklah menu yang korang boleh cuba.
Mereka juga menyediakan pelbagai jenis ulam-ulaman, buah-buahan tempatan, ais batu campur, pelbagai jenis sambal dan salad segar.
Sambil menikmati menu berbuka puasa boleh la mendengar alunan angklong tu.Nak-nak kalau dia bawak lagu-lagu lama dengang musik angklong ni kan.
Seafood On ice dia pun segar-segar.Jadi korang kena cuba ye.
Untuk gambar menu-menu lain korang boleh tengok di Facebook Page umi dibawah ni
Banyakkan menu untuk berbuka puasa disini.Mana tau korang nak cari kelainan berbuka puasa di Johor ni, boleh la masukkan list buffet ramadhan hotel Johor ni.
Kalau korang tak tau mana letaknya St.giles ni, dia dibawah satu bangunan dengan Mid Valley Southkey.Jadi korang kena masuk dulu Mid Valley ni dan cari Lift ke St.Giles Southkey ni di tingkat 6 Causeway Cafe.
St.Giles Southkey ni hotel bahru di Johor Bahru ni.Umi suka betul dengan suasana hotel ni.Nampak nyaman je kan.Kalau menginap dekat sini pun best jugak kalau korang bukan dari Johor.Sambil menginap kat sini, boleh la cuci-cuci mata di Mall di Mid Valley ni.Jadi sambil staycation sambil shopping gitu.
Oklah, korang dah tengokkan beberapa menu yang umi tunjuk tu, kita tengok pulak harga dan bila tarikh untuk korang nak buat pembelian harga Early Bird tu
CITARASA WARISAN JOHOR ST.GILES BUFFET RAMADHAN JOHOR 2023
Buat Tempahan Citarasa Warisan Johor St.Giles buffet ramahdan Johor 2-23 pada 13 Mac 2023 untuk mendapatkan 30% offer
Tempahan selepas 14 Mac 2023, 15% offer dengan minimum 10 orang. dan enjoy 10% offer menggunakan Kad & Kredit Kad Maybank.
? 23rd March – 21st April 2023
⏰ 6:30pm – 10:30pm
? RM188nett per adult
? RM94nett per child (6 – 12 years old) & senior citizen
For reservation,
click the link https://wa.link/22kg9o or email fnb.skjb@stgiles-hotels.com