CITARASA RAMADHAN BUFFET RAMADHAN di Amansari Residence Resort

CITARASA RAMADHAN BUFFET RAMADHAN di Amansari Residence Resort

CITARASA RAMADHAN BUFFET RAMADHAN di Amansari Residence Resort.Seperti tahun-tahun sebelumnya sup tulang gear box kat sini memang tak pernah mengecewakan betul.

Kali ni umi bawa dak Auni teman umi untuk preview  buffet ramadhan Citarasa Ramadhan Amansari Resort Seri Alam.Banyak betul menu-menu menarik kali ni dan menu kawah pun tidak mengecewakan.

CITARASA RAMADHAN BUFFET RAMADHAN di Amansari Residence Resort

Tengok tu tulang gearbox dia, memang besar betul.Sampai kan umi terpaksa berkongsi dengan si juju.Nak menghabiskannya tu pun satu hal.Dapat hirup sup dia tu satu kenikmatan betul.Lepas tu jangan lupa ambil roti dan cicah dengan sup ni.Memang sedap betullah.

Menu kawah pulak pelbagai jenis antaranya ialah Gulai kambing, Gulai Paru, Gulai daging tetel, dan gulai ayam.Umi tak ingat ada satu lagi kot asam pedas.hahaha.lupa dah 

CITARASA RAMADHAN BUFFET RAMADHAN di Amansari Residence Resort

CITARASA RAMADHAN BUFFET RAMADHAN di Amansari Residence Resort

Gulai Paru ni 1st time umi cuba.Not bad jugak rasanya

CITARASA RAMADHAN BUFFET RAMADHAN di Amansari Residence Resort

Lain-lain menu Gulai lemak pucuk ubi ikan masin,Telur masak sambal,Stir Fried Squid Dry Chili, dan banyak lagi la.

Kalau kat luar korang boleh dapatkan menu yang bakar-bakar seperti ikan bakar, kambing golek dan sup tulang gearbox ye.

Ada juga yang digoreng panas seperti kuew tiaw goreng.Sedap betul kalau dapat makan panas-panas.Habis sepinggan umi makan kuew tiaw ni tau.Kat sebelah goreng-goreng tu pulak, korang boleh ambil durian goreng, pisang goreng dan macam-macam lagi.

Sebaris dengan durian goreng tu pulak, boleh la ambil beberapa jenis bubur dan bubur lambuk kat situ.Memang banyak betul menu yang dihidangkan kat sini.Puas hati makan korang.

Kalau anak-anak korang tengok ni mesti diorang suka, macam anak umi.Dok ke sana je ambil gula-gula, aiskrim dan sebagainya.Kuih muih raya pun banyak.aaa tak sabar nak raya..hahaha

Juga pelbagai jenis kuih muih dan dessert yang sedap-sedap.Kat situ pulak ada kuih kegemaran umi iaitu kuih lopes.Lagilah 2-3 ketul jugak umi makan

Nak tengok pelbagai lagi menu korang boleh terus ke page umi.Kat situ banyak menu-menu yang umi ambil gambarnya untuk tatapan korang.

Jadi korang boleh bawa anak-anak dan keluarga serta rakan-rakan korang untuk berbuka puasa kat sini sebab harga buffet ramadhan Amansari Resort Seri Alam ni hanya serendah RM88 sahaja ye korang.Murah ke murah.Hah jawablah sendiri.

 

Cepat tau dapatkan pembelian yang berbaloi.

BUFFET RAMADHAN JOHOR AMANSARI RESIDENCE RESORT SERI ALAM

RM88 Dewasa

RM48 Kanak-kanak(6-11 tahun)

BELI 10 PERCUMA 2

Dapatkan 2 baucer percuma dengan pembelian 10 baucer apabila korang menempah pada 6 februari 2023 sehingga 26 Mac 2023

https://www.amansarihotels.com/arr/
+607 – 381 7070 | +6012 – 764 7488

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *