Citarasa Ramadan Buffet Amansari Residence Resort

Citarasa Ramadan Buffet Amansari Residence Resort untuk kali ini mereka membawakan menu-menu yang lebih menarik yang pastinya tidak mengecewakan.

Untuk kali ini Buffet Ramadhan di Amansari Residence Seri Alam membawakan lebih 150 hidangan yang menarik.Antara menu-menu yang menarik disini adalah :-

?Gulai kawah daging
?Gulai kawah ayam kerutuk
?Gulai kawah kambing
?Gulai kawah paru
?Gulai kawah kepala ikan

Yang umi tak boleh move on adalah gulai kawah paru dan juga sup gearbox yang cukup besar,lebih besar dari tapak tangan.

Kalau kat rumah dah lama umi kekah dengan tulang-temulang tu.Baru syiokk kan.

Dan yang paling menarik adalah gulai-gulai kawah dia..semua sedap-sedap belaka.

 

Yang sedapnya bubur lambuk dia pun berasa.Memang tak rugi korang belanja kawan dan family untuk datang ke sini.Suasana kat sini meriah dengan kawasan yang luas.Jadi takdelah berhimpit-himpit untuk ambil makanan.

Meh umi belanja lagi menu-menu yang ada disini.

 

Ini baru menu-menu kampung yang sedap.Belum lagi dengan ABC, pasta dan sebagainya.

Oh ya, lupa nak bagitahu, kerabu-kerabu dia pun sangat kena dengan tekak umi.

 

Ini antara menu yang kat bahagian luar.Dan tak lupa jugak kambing golek memang juicy dan sedap

Moh kita ke bahagian dessert dan kuih muih pulak.Eh teh tarik dia memang mengancam uiii..Bape kali dah umi repeat.Tak lupa juga dengan segala minuman yang disediakan disini.Memang puas hatilah

Nak tengok lagi menu-menu lain boleh check out dekat fb umi dibawah ni.

 

Tanpa membuang masa korang baca entry yang lebih merapu ni, baik korang booking cepat-cepat.Hah!!

?????? ???????? ???????? ????????? ?????? ?????

Citarasa Ramadan Buffet Amansari Residence Resort 2022
6 April 2022-1 May 2022
RM128 dewasa
RM64 kanak-kanak
TEMPAHAN AWAL
dari 4 Mac 2022-10 April 2022
RM90 dewasa
RM45 kanak-kanak
Tempahan sila hubungi

?????://??.??/??????????? ?? ???? ?? ?? +???-???????
#buffetramadhanjohor2022 #buffetramadhanjohor #buffetramadhan2022

 

Baca juga : Senarai buffet ramadhan sekitar Johor Bahru

Jangan lupa untuk berbuka puasa di Citarasa Ramadan Buffet Amansari Residence Resort 2022 ni tau..

 

 

Loading

1 Comment

  1. Buffet Amansari ni bagi mereka rindukan masakam kampung memang sesuai ke sini.. tapi menu lain Sis tak pandang, sup gearbox je Sis ko aim hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *