Citarasa Muhibbah Buffet Ramadhan Ramada Meridin Johor Bahru

Citarasa Muhibbah Buffet Ramadhan Ramada Meridin Johor Bahru 2022 mengetengahkan menu resepi warisan seperti sup tomato, bubur lambuk kampung baru dan banyak lagi sempena bulan puasa nanti.

Hari tu umi berpeluang untuk menghadiri preview buffet ramadhan di Ramada Meridin Hotel Johor Bahru dan ada diantara menu-menu yang menjadi pilihan utama umi.

Citarasa Muhibbah Buffet Ramadhan Ramada Meridin Johor Bahru

Resepi warisan yang diketengahkan kali ini ialah, sup tomato, bubur lambuk kampung baru, nasi putih, Nasi beriyani Manado, Udang masak Lemak cili api pulau Tuba, Ayam Kapitan, Asam pedas ekor, Ayam pangang sos cendawan, Pasta ayam carbonara, sambal tauhu goreng padang mat sirat, Ikan siakap kerabu mangga, murtabak ayam, dalca tetel sayuran

Dan tak lupa juga pada setiap buffet ramadhan mestilah ada kambing kan.Dan ini yang specialnya kat sini, kambing bakar dia lain dari yang lain.Taburan cheese pada kambing bakar tu memang sedap.Resepi rahsia chef ni pasti akan membuatkan ramai yang ambil banyak kali tau.

Kambing Bakar Percik Cheese leleh ni lah yang tak pernah umi jumpa di hotel-hotel lain.Dan korang patut cuba bila korang berbuka puasa di Ramada Meridin Hotel ni.

Terdapat juga Kaunter lok-lok jika korang rasa taknak nak makan berat-berat.Dan ada juga stall untuk panggang yang menyediakan udang, sotong, ketam, kepah, otak-otak dan jagung bakar.

Citarasa Muhibbah Buffet Ramadhan Ramada Meridin Johor Bahru

 

Bukan itu sahaja,Stall sup huru hara antara stall yang ramai orang tunggu-tunggu tau.Korang boleh la merasai kenikmatan hidangan sup tulang, ayam, perut, paru, daun bawang, daun sup, sambal kicap, mee dan bihun.

Citarasa Muhibbah Buffet Ramadhan Ramada Meridin Johor Bahru

Puas menjamu selera dengan menu-menu diatas, boleh la korang menikmati hidangan goreng-goreng seperti cucur bilis, sukun, cempedak, keledek,durian, cucur bilis, sayur, udang dengan kuah kacang.

Citarasa Muhibbah Buffet Ramadhan Ramada Meridin Johor Bahru

Jomlah kita beralih kepada aneka pemanis mulut sebagai menu-menu terakhir berbuka puasa disini.Pelbagai jenis pemanis mulut seperti buah-buahan,ice cream, cendol, pengat pisang, aneka kuih melayu, bubur cha cha, jelly ice cream dan pelbagai lagi.

Penghilang dahaga jangan dilupa ye, iaitu air tebu, soya, cincau, bandung kopi dan teh.Itulah yang menariknya Citarasa Muhibbah Buffet Ramadhan Ramada Meridin Johor Bahru ni.

BUFFET RAMADHAN CITARASA MUHIBBAH RAMADA MERIDIN HOTEL

Citarasa Muhibbah Buffet Ramadhan Ramada Meridin Johor Bahru

Early bird promotion: RM98 per adult (Regular price at RM118), Children RM68
Early bird promotion period: 1 March- 1 April 2022
☎️ To purchase:
Hotline: 07-531 8888
Lynn : 016-717 3524 https://RamadanBuffetPromo.wasap.my
Fadzly : 017-711 0155 https://RamadanBuffetPromo2.wasap.my
or email to: fbadmin@ramadameridinjohor.com
???????? ??????? ??????? ?????? ???? ??????
Date: 6th April – 1 May 2022
Time: 6.30pm- 10pm
#RamadanBuffet2022 #JohorBahru #CitarasaMuhibah #SayHellotoRed

 

Baca juga : Senarai buffet ramadhan sekitar Johor Bahru

 

 

 

Loading

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *