Ciri-ciri Perabut yang sesuai dengan Ruang Tamu rumah

Ciri-ciri Perabut yang sesuai dengan Ruang Tamu rumah

Ciri-ciri Perabut yang sesuai dengan Ruang Tamu rumah | Lama kan umi tak bercerita tentang rumah kediaman.Especially bab deko-deko rumah ni.Bab ni umi bukan pandai sangat pun.Janji barang asas dalam rumah tu wajib ada.

Sebenarnya banyak angan-angan yang tertangguh dek kerana belum ada modal.Apa yang kita ada sikit tu kita buatlah sikit kan.Kalau nak cerita pasal deko untuk ruang tamu ni umi lebih suka yang selesa dan tidak terlalu barat dengan perabot.
 
Bagi umi yang ada anak masih kecil ni, umi perlukan ruang yang selesa untuk mereka ni berkembang.Begitu juga dengan deko bilik tidur anak.Banyak ciri-ciri yang perlu umi titikberatkan.Oh ya, rakan blogger umi Marina ada bagi idea dekorasi bilik anak bertemakan travelling.Menarik kan?
 
Kalau nak cerita pasal deko-deko rumah ni memang banyak bahagian kita kena fikir, tapi umi lebih fokus kepada ruang tamu sahaja dulu.Yang lain-lain tu umi biarkan dulu janji keluarga selesa.
 
 
 
Bercerita tentang perabot ni kan, nak beli perabot bukan boleh main beli je tau.Kena tengok jugaklah keluasan rumah kita.Kang kalau beli besar sangat,makan ruang yang banyak,rumah pulak jadi sempit.Jadi ruang tamu jadi sempit dan tak selesa.Sebab tulah kena survey dulu Ciri-ciri Perabut yang sesuai dengan Ruang Tamu rumah..Ok..meh aku share tips yang aku baca di blog senihias.com ni…Moga bermanfaat untuk aku dan korang yang membaca..
 
 
Ciri-ciri Perabut yang sesuai dengan Ruang Tamu rumah
 
sumber : teratak impian ibu

Ciri-ciri Perabut yang sesuai dengan Ruang Tamu rumah

 
1.TAHAP KEGUNAAN
Sebelum itu,haruslah kita mengenal pasti tahap kegunaan perabot di ruang tamu.Contohnya,apabila kita nak beli sofa,adakah sofa itu untuk kegunaan keluarga beristirehat dan menonton TV atau perabot berkenaan jarang digunakan.Jika ianya kerap digunakan,pastikan sofa yang dipilih tahan lasak bagi menerima apa juga bebanan yang dikenakan ke atasnya.Ukurang yang sesuai untuk menampung berat pelbagai saiz dan kumpulan manusia.Sofa yang berwarna terang menarik tumpuan.
 
2.KESESUAIAN GAYA
Kita seharusnya mengenal pasti gaya yang sesuai dengan keperluan konsep reka bentuk ruang tamu rumah kita,Pilihan sofa yang bertepatan dengan gaya yang dipilih antaranya
 
  • Gaya moden menampilkan gaya sofa rendah dan rata selain nampak bersih dan minimal.
  • Gaya klasik menampilkan gaya sofa melengkung berukir dan berukuran besar.Rangka kayu yang keras dan tahan lama.
  • Gaya Tradisional menampilkan gaya tradisi etnik tertentu yang menggunakan bahan kayu.
  • Gaya Resortdan kedesaan menampilkan sofa daripada anyaman serta bahan semula jadi.

 

3.KESELESAAN
Tahap keselesaan sofa bergantung kepada keanjalan dan kelembutan kusyen.Kita boleh tentukan sama ada hendak memilih jenis kusyen yang melekat atau terasing,Ukuran sofa dari segi keselesaan antropometrik dan ergonomik dapat diketahui dengan cara duduk di atas sofa berkenaan bagi menguji tahap keselesaannya.Perlu mengenal pasti bahan yang digunakan samada ia adalah campuran bahan berbusa(foam),gentian atau kekabu.Pengisian bahan berbusa adalah terbaik kerana dapat mengekalkan bentuk selain memberi sokongan yang kuat.
 
4.PILIHAN WARNA
Pilihan warna yang terang sangat digalakkan kerana ia mampu menarik tumpuan.Warna semulajadi adalah pilihan sempurna kerana mudah digabungkan dengan perabut lain.Cara terbaik adalah sofa utama mengekalkan warna sama manakala aksesori dan hiasan sampingan seperti kusyen boleh dalam berbilang corak dan warna.Kelebihan mengetengahkan upholsteri bercorak bukan sahaja merangkan suasana ruang tamu tetapi mampu menutup kekotoran di sofa.
 
5.KESESUAIAN RUANG
Satu kesilapan utama membeli perabot ialah kerana tertarik dengan tawaran jualan murah tanpa membuat perbandingan kesesuaian dengan luas ruang rumah.Apa yang menyedihkan perabot yang dibeli tidak boleh muat walaupun pada pintu rumah..Hah..itu memang sedih…rugi pun rugi jugak kan…Sepatutnya kita harus memastikan saiz dan dimensi serta ukuran lebar,tinggi dan panjang perabot diketahui bersama dengan ukuran maksimum ruang tamu rumah kita.
 
6.KETAHANAN FIZIKAL
Selain ketahanan struktur perabot,ketahanan bahan fabrik juga penting,kerana fabrik jenis jacquard paling tahan.Bahan pelindung pula berfungsi menjaga fabrik bukan ketahanan fabrik.Periksa perabot yang hendak di beli.Part ni kita perlu ambil masa untuk memeriksa dari segi pembinaan struktur rangka perabot.Sofa tahan lama biasanya menggunakan kayu keras sebagai rangka biarpun ia menyebabkan perabot itu berat untuk diangkat.Tunggang terbalikkan perabot yang hendak di beli untuk mengetahui kekuatan dan kestabilan sofa.Duduk dan rasai sofa yang hendak dibeli seperti yang biasa kita lakukan ketika dirumah kerana ia membantu kita membuat analisis mengenai tahap keselesaan dan ketahanan perabut.Perlu juga meminta pandangan dari ahli keluarga terdekat.
 
 
 
Tapi kan, bila dah jadi suri rumah tangga sepenuh masa ni, banyak masa dihabiskan di dapur.Jadi umi lepas ni kena fikir-fikrikan jugalah deko untuk ruang dapur.
 

Loading

1 Comment

  1. rumah kita..black, red and white.. tapi deko simple2 jek..deko2 bajet..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *