Christmas & New Year Festive Buffet di Thistle Johor Bahru

Christmas & New Year Buffet di Thistle Johor Bahru

Christmas & New Year Festive Buffet di Thistle Johor Bahru ni korang dah boleh buat tempahan dari sekarang.Yelah, kalau korang tempah awal dapatlah 15% Diskaun.

Tak ke jimat tu? Dah boleh dine in ni boleh la bawa ahli keluarga untuk makan-makan sempena hari krismas ni kan.Tapi pastikan cukup 2 dos ye korang.

Umi berpeluang untuk join Christmas & New Year Festive Buffet di Thistle Johor Bahru preview dan merasai sendiri menu-menu yang disediakan oleh chef yang hebat ni.Bukan sahaja untuk krismas je, malah untuk New Year pun ada tau.Nanti umi cerita kat bawah.

And ni adalah pertama kali umi ke Thistle sebab sebelum ni belum berkesempatan lagi nak join apa-apa event di sini.Jadi bila dah tak kerja ni kan, adalah jugak masa nak join.Tu pun nasib baik ada orang yang boleh jagakan anak.

Bolehla umi ber Me Time sekejap bersama dengan mama a.k.a adik umi tu.And paling best dapat jumpa dengan rakan blogger yang lain.Lama benau tak jumpa diorang ek.

CHRISTMAS & NEW YEAR BUFFET LUNCH MENU

Oklah cerita pasal Krismas buffet ni, meh la umi tunjukkan menu-menu yang disediakan sepanjang krismas buffet ni diadakan.Yang penting korang boleh merasai Itik Salai Masak Lemak cili api.Uih!! memang berasa semua.Nasiblah umi ni tak berapa nak suka itik.Kalau tidak banyak dah ku bedal.

Antara menu yang ada untuk Christmas Buffet di Thistle Hotel Johor Bahru ni adalah, Salad bar,crackers and diet fruits, Soup Counter,Main Course iaitu Yong Zhu Fried Chicken, Fried Beehoon,Grilled chicken breast with tomato & Peach salsa,Baked Chilean seabass with bean & Cheese, Broccoli with garlic butter.Ada juga Chef special BBQ Carving seperti BBQ Beef brisket, jacket potato,Yorkshire Pudding,sour cream adn spring onion.Seafood on ice pun ada tau.

Menu nanti korang boleh tengok kat sini

Boleh juga didapati sphagetti,pasta station and most importantly bagi umi adalah dessert station.Uih!! kemain umi berpesta makan tak hengat dunia uii..

Moh la tengok menu-menu yang umi sempat rasa semalam.

Christmas & New Year Festive Buffet di Thistle Johor Bahru

Ni antara menu main course seperti yang umi sebutkan di atas tu.Asam pedas dengan lemak cili api tu sedap uii

Christmas & New Year Festive Buffet di Thistle Johor Bahru

Wajib korang ambil  bila korang join buffet lunch or dinner kat sini tau.Kena pulak dengan sos blackpepper..Memang ngam.

Christmas & New Year  Buffet di Thistle Johor Bahru

Jagung manis dan juga seafood on ice yang koranag boleh try..

Christmas & New Year Festive Buffet di Thistle Johor Bahru

Christmas & New Year  Buffet di Thistle Johor Bahru

Ada juga beberapa jenis kerabu seperti kerabu sotong, kerabu taugeh dan kacang panjang.

Kepada korang yang tak boleh move on dengan western, korang boleh la pergi ke pasta station ni, mintak je chef handsome kat sini masakkan..korang tunggu je makanan tu siap.

Christmas & New Year Festive Buffet di Thistle Johor Bahru

Tak lupa jugak kalau korang yang suka bakar-bakar, chef ni sentiasa ada untuk menyajikan hidangan panas-panas khas untuk korang.

Bakal kena bakar ye nanti.Masa umi datang, chef masih membakar lagi.Dan tak lupa, satay pun ada uii

Tu baru bahagian main course dan sebagainya, belum lagi bab desserts.Umi memang suka sangat bahagian dessert

Ada lagi, bukan setakat di atas ni je.Kalau nak tengok semua menu, umi dah update kat facebook dan ig umi.Korang boleh klik kat bawah ni ye

 

 

 

 

Oklah dah tengok menu-menu yang boleh buat air liur dok menjejes kan, jadi kita tengok harga dan cara untuk tempah Christmas & New Year Festive Buffet di Thistle Johor Bahru ni.

🎄Christmas & New Year Festive Buffets🎄


24 DEC❄️25 DEC❄️31 DEC❄️1 JAN
🎁15% OFF all buffets (Adult) for Early Birds. Book before 15 December 2021!
Buffet Lunch, 12.00pm – 3.30pm
Normal Price
RM88 nett per adult
RM48 nett per child (6 – 12 years old) or senior citizen (60 and above)


Buffet Dinner, 6.30pm – 10.00pm
Normal Price
RM128 nett per adult
RM68 nett per child (6 – 12 years old) or senior citizen (60 and above)


For reservations and inquiries:
Call: 07-222 9234 / 07-267 8999
https://wa.me/60127892092

 

 

 

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.