RESEPI

Chicken Wrap ala KFC

 

Chicken Wrap ala KFC |Hai korang.Aku tak taulah Chicken wrap ala KFC ni tergolong dalam makanan sihat ke tidak.Tapi bila tengok bahan-bahan yang ada di dalam chicken wrap ni,rasa macam sihat je…hahaha.

Tapi sekeping,chicken wrap ni,dah boleh kenyang untuk breakfast tau.So,pagi tu saja aku nak sediakan sarapan macam ni.Bahan yang disediakan pun mudah,cuma ayam tu kurang rangup sebab aku pakai tepung biasa je.Nanti aku nak beli  tepung serbaguna untuk goreng ayam tu.Bahan-bahan untuk buat chicken wrap ni senang je rupanya.Cuma bukan jenis barang tu sentiasa ada kat rumah jelah.

 

Chicken Wrap ala KFC
 
Bahan yang diperlukan untuk buat chicken Wrap ala KFC ni.
  • Ayam slice
  • Mayonis
  • Thousand Island
  • Missin wraps
  • Salad
  • Cheese
  • Timun
  • Sos
Mission wrap tu aku beli yang wholegrain.Hah..nampak tak berkhasiat..hahaha..So,Mission wrap tu aku garingkan dulu dengan periuk leper…kampung sangat cakap kan..hahaha..
Lepas tu aku sapu mayonis di atas roti tu,baru letak salad,timun,ayam yang dah goreng tu,timun ,cheese ,sos,serta thousand island.Lepas tu aku balut je cantik-cantik macam di bawah ni

 

Nampak Terliur tak
Sekeping ni pun buat aku kenyang sampai tengahari.Tengahari je,bukan sampai petang eh.Sebab tengahari tu,dah plan masak lain.
Aku sedang mencari menu untuk kesihatan yang boleh aku buat untuk husband.Ni pun aku dah start guna beras rebus yang aku ceritakan kat entry SINI
Lepas ni nak kena ada stock pulak makanan-makanan macam ni.Yang senang diambil dan mengenyangkan..Nak buat tiap hari takut bosan pulak kan..So sekali sekala boleh la kot.
Suggestion menu korang boleh letak kat bahagian komen ni ye.Kot lah nanti aku boleh buat.
Oh ye..Hari ni aku taken MC sebab tekak ni,migrain lagi datang menyerang.Dah ler hari ni ada food review.Nampaknya boleh jamu mata jelah,nak jamu tekak ni takut pulak tak terasa sedap atau tak.

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(20) Comments

  1. kak, pos sikit dekat kota..lapar pulak tengok gamabar ni pagi-pagi

  2. aduss..sdapnya..mtk skit..:)

  3. wahhhh buat pun akhirnya…hihihi

  4. Dia sihat kot, kalau tak sihat dia dah masuk wad ha ha ha..
    Btw sedap memang kalau chicken wrap ni, lagi kalau buat sendiri, macam-macam bole letak intinya …

  5. assalamualaikum eda…wah ! buat sendiri mmg berbaloi…suka hati nak letak apa pun…
    ** Mama Maszull

  6. chicken wrap kfc u memang fav saya.. tak susah rupanya

  7. sedap tu.. anak suka makan

  8. Sis buat kita lapar..

  9. basi dlu sebelum sampai

  10. meh..datang ler sini

  11. akhirnya akak dah buat

  12. win betul ayat kak lin..hahaha…tulah..boleh letak macam-macam kan

  13. haah..senang je nak buat chicken wrap ni..boleh buat selalu..janji bahan ada

  14. anak eda tak pandai makan lagi macam ni

  15. hehe…sila buat

  16. dah buat dah hari tu..sedap sangat.

  17. Waduh! Enak nyer.
    Kalau kena KFC memang Syuhada suka beli wrap.
    Aida jamah2 aje.

  18. Products Mission mmg Liez selalu beli..sbb husband pagi2 byk bekal wrap..senang dan sedap

  19. lagi satu kenyang kan

  20. hahaha..akak suka chicken wrap ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *