Chic O Canai Menu simple minum petang

Chic O Canai Menu simple minum petang

Chic O Canai Menu simple minum petang | Mudah sangat nak buat menu ni untuk minum petang.Tak perlu banyak modal dan masa yang lama untuk sediakan.

Idea minum petang ni kalau disediakan untuk anak-anak pun mereka akan suka.1st umi tengok resepi dari Sheila Rusly ni macam susah.Tapi bila buat, alahai..mudah sangatlah.

Jadi umi restock roti canai segera supaya senang untuk umi buat makan-makan anak-anak ni bila mereka kelaparan.Bila umi kat rumah, bebudak ni memang taunya nak makan je.Dari celik biji mata sampailah nak pejam balik biji mata tu.

Pagi dah tanya sarapan apa, tengahari pulak nak makan apa.Petang baru bangun tido dah tnye nak makan apa.Bila malam, jarang sangat bebudak ni nak makan nasi.Jadi umi kebuntuan idea nak buat apa lagi selain dari makan nugget dan juga french fries diorang tu.

So, umi dah sibuk menggoogle menu-menu untuk memudahkan umi plan sesiap dengan bahan-bahan sekali.Jadi bila nak makan apa-apa, bahan dah siap.Tinggal memasak je.

Jenis umi pulak, kalau anak nak makan sesuatu, rasa tak sampai hati nak menolak.Sebab si kakak tu payah bebenau kalau bab makan.Kalau dia sukakan sesuatu tu, umi akan pastikan memasak untuk dia dengan kuantiti yang banyak.Berulang-ulanglah dia makan pun takpe.

Untuk minum petang semalam, umi sediakan Chic O Canai.Ini antara idea minum petang paling mudah dan sedap untuk disediakan.Modal pun tak banyak mana.

Umi share resepi dengan korang cara bagaimana nak buat Chic O Canai ni.

 

RESEPI CHIC O CANAI MENU SIMPLE MINUM PETANG

Umi share dengan korang bahan dan cara untuk membuatnya.Pastinya mudah dan sedap.

Bahan-Bahannya

  • 1 peket roti canai segera(tak kisah korang nak guna jenama apa)
  • Sausage Cheese ( taknak yang bercheese pun takpe)
  • Beberapa keping cheese ( Umi guna cheesedale tu.Ni optional tau)
  • Telur kuning

 

Cara- cara membuatnya

Ambil sekeping roti canai segera dan selepas tu letakkan cheese dan sausage di atas roti canai segera tu.

resepi chic o canai

Kemudian korang gulung dan ketepikan.Buatlah banyak mana yang korang nak ye.

resepi chic o canai

Tepi roti canai yang lebih tu korang potong sikit dan cantikkan bahagian tu.

Selepas siap menggulung semua roti tu.Ambil telur kuning dan sapukan ke seluruh bahagian roti canai.Pastikan semua kena ye.

resepi chic o canai

Selepas itu korang boleh masukkan dalam Air Fryer atau oven.Umi setkan 20 minit dengan suhu 160.

Senang kalau ada Air fryer ni.Banyak sangat bantu umi untuk jimatkan masa dalam menyediakan makanan terutamanya bila sarapan pagi..

Kalau korang nak tengok koleksi resepi Air Fryer korang boleh terjah entry SINI.

And the most popular entry tentang air fryer ni adalah entry Resepi Ayam Bakar Air Fryer ala Kenny Rogers tu.

So, setelah menunggu 20 minit maka siaplah Chic O Canai versi umi ni hah

resepi chic o canai

Fresh from oven gitu..So, korang boleh la potong-potong menjadi kecik dan sedia untuk dihidangkan bersama Kopi O kaw untuk minum petang

Mudah kan resepi ni.Semoga dapat membantu korang untuk menyiapkan menu minum petang untuk anak dan keluarga.

Yang penting mudah dan cepat untuk disediakan.

Loading

4 Comments

  1. Woww.. simple dan menyelerakan ler! Ini buat sy semangat nk beli air fyer.. hihi

  2. Kita nak try jugaklah. Sedap ni, bukan setakat budak, Mak budak pun suka.

  3. mudah sangat ni kak. boleh cuba. nampak sedap lak tu. ni bukan anak-anak je suka ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *