CHEESETART SEDAP DARI FATBAKER_JB

CHEESETART SEDAP DARI FATBAKER_JB | Lama betul nak dapatkan cheesetart sedap ni dari fatbaker_JB.Selalu tengok dia post kat ig tapi tak kesempatan nak mencuba lagi.

Tapi disebabkan hari tu dah janji dengan kakak nak belanja dia cheese tart jadi umi pun order cheesetart sedap ni dari fatbakers_JB.Umi tak JB tu kat mana, tapi yang umi tau dia just buat di rumah je lah kot.

Bukan sekadar tengok gambar je, bila tengok testimoni-testimoni dari customer mereka, dah teruja umi ko ni nak beli jugak.Hari tu umi beli 16 pcs je.Charge delivery dalam RM13, yelah mungkin jauh dari tempat diorang kan.Tapi takpelah, sesekali nak mencuba.Apa salahnya.Kalau korang tengok ni agak-agak terliur tak?

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BurntCheesecake & Cheesetart (@fatbaker_jb)

Haish!! sampai sekarang ni masih lagi teringin nak beli lagi.Actually yang umi beli tu flavour campur-campur.Nak lah rasa semua yang ada tu kan.Next, boleh la beli lagi and boleh pilih mana yang anak-anak umi suka.

cheesetart sedap

Flavour yang umi paling suka sangat blueberry tu.Sedap sungguh sebab bagi umi kalau benda manis ni, kalau kena dengan masam, memng sedap.Itu tekak umi la.Kalau tekak anak-anak umi semua sekali tidak termasuk sekali yang ada pritzel tu.Diorang kureng sikitlah nak makan.Dia makan yang cheese tart tu je.Yang pritzel tu dia tinggalkan untuk umi dia jelah.

Baca juga : Bombolini donut sedap di pasir gudang

BURNTCHEESECAKE & CHEESETART SEDAP DARI FADBAKER_JB

Next umi nak cuba pulak dia punya burntcheesecake yang ada topping tu.haduiii..melting betul tengok benda-benda ni semua.Rasa nak cuba semua sekali.Nak selalu memang tak boleh la.Kang naik segala lemak kang.

cheesetart sedap

So, korang yang nak order dengan dia, boleh je whattsap or DM dia.Insyallah cepat layanannya.

Tengoklah budak ni, sampai je terus dia nak ngap.Tak menyabo nak tunggu babah dia jugak.Jadi babah kenalah mengalah kan.Babah dapat rasa satu pun dah ok.Kang naik pulak kencing manis tu..

cheesetart sedap jb

 

Hah, lepas ni kotlah korang nak order boleh tengok details yang umi letak kat bawah.Memang sedap dan tak menyesal beli.Nanti tunggu umi order burnt cheesecake pulak ek.

Instagram : Fatbakers_jb

Whatssap : Link

 

Hah!! cepat-cepat order ye

Loading

2 Comments

  1. Perghhh kemanisan hakak nengokkk.. seram nak makan hahahah..
    Memang buat masa ni tengah cut manisan ni, ikut nafsu, sekarang juga haku order hahahaa

  2. Author

    so far tak manis sangat sis, memang nice je cheese tart dia tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *