Cheese Cake Untuk Minum Petang Di Hari Minggu

Cerita Ahad lepas…Mulanya entry nie aku nak update semalam..Tapi tak berkesempatan.Sibuk membaca tentang MH370 tu..Melihat dan membaca spekulasi yang timbul.Maklumlah,banyak sangat wartawan segera yang bercerita..melihat kesahihan cerita dari pembacaan dan logik akal.
Sebelum tu,aku berharap jangan ada yang menimbulkan perkara atau kata-kata yang boleh menimbulkan sebarang kecelaruan.Tugas kita hanya perlu berdoa dan mengikuti sahaja perkembangan tentang pesawat MH370 tu..Tidak perlu untuk menghukum dengan melontarkan kata-kata nista yang sangat jijik untuk didengar.nauzubillah..
Terasa kesedihan yang dialami keluarga mangsa.Cuba kalau kita ditempat mereka,Jadi perlu dalami isi hati mereka dengan berdoa moga Pesawat MH370 itu dijumpai tidak kira walau dalam keadaan macam mana sekalipun.
Oklah…stop sampai ย situ..Aku tau korang semua dah diberi akak fikiran,so berfikirlah sebelum bertindak.
hari minggu yang lalu,bila berkeseorangan,idea untuk membuat itu dan ini timbul..Walaupun aku bukan pakar memasak,tapi untuk menyediakan apa yang En.husband nak tu,pasti buat walau taklah sehebat masterchef..jadilah masterchef untuk En.husband dahlah.
Aku pun tak tau nak kategorikan ni sebagai cheesecake atau Tiramisu…sebab tengok sama je kekdahnya..
Selepas menggoogle cara buat cheesecake ni,akhirnya terciptalah Cheesecake strawberry yang tak berapa nak meleleh tu… Nak cari resepi cheesecake leleh ni senang je.
Agak berserabut jugaklah lelehan cheese kat atas tu..
Alhamdulillah..dapatlah 3 bekas…hehehe…En husband cakap lepas nie dah tak payah nak order..buat sendiri je…Senang je kan buat..memang la senang sebab tak payah nak menguli cake tu..just beli cake sponge je kat kedai..Lepas tu putar je cheese…hehehe…
Alhamdulillah..walau tak la secantik mana,tapi bila makan tu sedap..lepas nie boleh la try and error jadikan cake ni cantik pulak..hehehe..
#prayformh370

Loading

21 Comments

  1. sodap nya kak ๐Ÿ™‚

  2. betul kak, buat sendiri lebih menjimatkan dan suka hati kita nak buat macamana.. hihi

  3. yummy… akak bg la resepi cokelat cake plak.. hihihi

  4. aduhh… rasa mcm nak carik satg lunch… lelehhh dah nie..

  5. Sedap ni……buat sendiri cheese mmg lebihkan..hehe

    pray for MH370

  6. Lor ingatkan KSD beli..
    rupa paras dah mcm beli je..
    buat sendiri rupanya.. dah buleh buat jual dah tu.. ;p

  7. pergh ! bestnyer cheese cake.. CN tunggu cuti skolah jer kalau nk buat projek baking2 ni..kalau hari biasa mmg tak la..hehe

  8. cheese meleleh penuh ruang mangkuk.. kompom la sedap kan.. hehe..

    kebetulan mama as pon td send pic kek ni kat wechat.. komplot ek korang..

  9. assalamualaikum eda…bestkn dpt buat sendiri jer…:)

  10. konpom ni cheesecake! haha. Aaaarghhhh! perut nak bergoncang ni tengok kekuningan cheese tu oh no!

  11. Allah!!!! nampak saja tajuk Cheese terus terpa mai … uh uh uh… sedapnya nampakkkkk…. terbau jer cheese tu… terasa jer masam-masam diaaaa… huh… nak kuar pi beli kraft jap makan ngan roti… ๐Ÿ˜€

  12. iman tunggu mood baru buat..tpi kan kak.meme senang pon wat nyer.nk ngn tak nak je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *